Category Archives: Pendapat

Perjumpaan LPAS DPPM, LPAS DPPN PNG bersama CAP

14 Oct


Tarikh: 13 OKT 2011
Tempat : Pejabat CAP, Jln Masjid Negeri P.Pinang
Masa : 3 Petang

Kehadiran:
Presiden: Tuan Haji S.M Idris,
Ketua Biro Pendidikan : Cg Azmi TERAS,
Ketua Biro Undang-Undang :Tuan Kader Mydin.
LPAS DPPM : YB Ustaz Firdaus Bin Jaafar (MP Jerai).
LPAS DPPN PNG : Sdr Firdaus Bin Ali (Peng LPAS DPPN PNG), Sdr Dzulfahmi Bin Bakar (Timb Peng LPAS DPPN), Sdr osman Bin Awang (S/u LPAS DPPN PNG).

Nasihat dan pandangan yg diutarakan oleh TUAN PRESTuan Haji S.M Idris.
IDEN CAP,

1) CAP melihat semua isu-isu halal,haram pengguna, alam sekitar keseluruhan dan bukan dalam skop yang sempit. Terutama berkaitan makan,minum,bagaimana hendak mengurus kesihatan dan serta perbelanjaan wang.

2) FALSAFAH CAP ialah, i) Kehidupan Sederhana. ii) Penggunaan yang minima. iii)Dalam soal belian.

3) Kerana orang melayu khususnya suka berbelanja besar apabila melibatkan perbelajaan sesutu perayaan. Contohnya hari raya Idul Fitri, Hari Raya Aidil Adha dan sebagainya.

4) Oleh kerana berhadapan dengan dunia peradaban iaitu dunia moden (globalisasi), Maka sesuatu pekerjaan dilakukan tanpa rela hati atau ikhlas, semuanya mengharapkan ganjaran berbentuk wang ringgit. Berbanding dgn masyarakat terdahulu atau warga2 tua yang lalu, mereka semua membuat sesuatu pekerjaaan tanpa mengharapkan ganjaran wang ringgit, malahan mereka menghulurkan sumbangan lagi. Contoh para warga yg berjuang utk dapatkan kemerdekaan.

5) Sebenarnya Tamadun Moden inilah Tamadun Jahiliyah (jahil), kerana ditanam dengan fahaman untuk mendapatkan kebendaan semata2 tanpa ikhlas.

6) Dalam pada masa yang sama CAP sedang berusaha meningkatkan kesedaran kepada masyarakat melalui Pendedahan Pendidikan Islam lebih terperinci kepada pelajar2 di sekolah.

7) CAP juga berpesan sudah sampai masanya Parti PAS khususnya, memperjuangkan isu-isu pengguna serta alam sekitar kapada masyarakat umum, iaitu soal ini yang perlu didahulukan berbanding mendahului isu-isu politik.

8 ) CAP juga berpesan Parti PAS perlu melakukan kempen2 untuk mengubah tabiat masyarakat dengan adanya program-program kesedaran.

9) CAP juga bersetuju untuk berkerjasama dengan LPAS DPPM, LPAS DPPN PNG dengan menerima AJK-AJK drpd LPAS DPPM, LPAS DPPN PNG dan LPAS Negeri-Negeri lain untuk menjalani latihan ‘attachment’ supaya dapat belajar secara mendalam tentang kaedah, teknik penyisatan serta hal ehwal proses-proses kerja seharian yang dilakukan oleh CAP. Latihan ini memerlukan tempoh masa sekrg-krgnya 1-2 bulan, dimana CAP bersetuju akan memberi sedikit bantuan kewangan untuk menyara keperluan berbentuk makanan dan minuman.

10) Akhir sekali YB Ustaz Firdaus (MP Jerai) menerangkan kaedah sembelihan mengikut syarak ISLAM kpd Cg Azmi(Teras), Termasuk peranan Ngo-Tunas yg akan diwujudkan oleh LPAS DPPM dan Isu-isu semasa.

“Memimpin Kebangkitan Anak Muda”

Disediakan Oleh.

Sdr Firdaus Bin Ali
Pengerusi LPAS DPPN PNG Sessi 2011-2013).

Berita di bawah dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/

Dewan Pemuda, CAP jalin kerjasama
Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 15 Okt:
Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat melangkah setapak lagi kehadapan apabila menjalinkan kerjasama dua hala dengan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Kerjasama itu bagi tujuan merangka usaha memupuk jiwa rakyat terutamanya umat Islam di negara ini berhubung kepentingan kepenggunaan dan pemeliharaan alam sekitar.

Ketuanya, Firdaus Mohd Jaafar berkata, selama ini isu berkaitan kepenggunaan dan alam sekitar dianggap ‘isu sampingan’ oleh sesetengah pihak sehinggakan ia tidak menjadi satu daya tarikan untuk rakyat bangunkan kesedaran bersama.

“Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama lajnah diperingkat Pemuda negeri cuba bangkitkan kesedaran supaya rakyat pandang serius isu berkenaan pengguna serta alam sekitar yang kini berada pada situasi yang membimbangkan,” jelasnya ketika pertemuan dengan Presiden CAP, S.M Mohamed Idris di pejabatnya semalam.

Oleh itu lajnah akan memantapkan gerakan ke arah itu dengan mewujudkan satu kumpulan yang diberi nama Tunas, yang tahu secara mendalam sebagaimana yang dibuat oleh CAP.

Setelah pendaftaran ‘Tunas’ berjaya nanti sambung Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai, beliau akan memastikan setiap negeri memilih sekurang-kurangnya dua orang untuk dihantar bekerja dan tinggal dengan CAP bagi menangani isu pengguna dan alam sekitar.

“Kita sedang berusaha mewujudkan ‘Tunas’ yang mana nanti mereka yang terlibat denganya akan mendapatkan khidmat nasihat, bekerja dan tinggal dengan CAP untuk latihan selama sebulan dua supaya bila bergerak atas nama Tunas nanti dapat membantu CAP untuk tangani isu berkaitan. TIdaklah CAP berseorangan sebagaimana hari ini, ” ujarnya.

Turut hadir pada pertemuan sebelum itu semalam ialah Ketua dan Setiausaha Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Negeri, Saudara Abu Firdaus dan Saudara Osman, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Haji Azmi Abdul Hamid dan Timbalan Presiden CAP, Muhideen Abdul Kader.

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Dari Admin., PAS, Pendapat, Pendedahan, Pendidikan, Pengguna Islam

Hantu Bonceng: Usah Cepat Halalkannya

Dipetik dari http://www.selatanonline.net/v1/index.php
Berita, Komentar, Ulasan & PendapatIsu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya dikhantu bonceng the movieatakan selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga menyatakan bahawa pihak lembaga tiada masalah dengan Filem Hantu Bonceng. Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.

“LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.”

Malah penerbit filem itu juga menyatakan bahawa filem ini telah ditonton oleh empat ulamak sebelum filem ini diluluskan.

Di dalam semua watak ini. Hanya “Zizan” sahaja sebagai watak utama telah memohon maaf kepada semua.

Usaha Dewan Pemuda PAS sewajarnya dipuji kerana ketegasannya menarik perhatian khalayak masyarakat untuk sensitif terhadap isu mempersenda agama dalam hiburan. Namun begitu terdapat beberapa elemen yang terlepas pandang apabila diperhalusi isu ini khasnya didalam filem “Hantu Bonceng”.

NONEKebanyakan pihak hanya menumpukan satu isu sahaja iaitu isu kalimah tauhid berbanding pelbagai mesej yang cuba disampaikan di dalam filem ini. Keadaan ini berlaku apabila media hanya menggaris besar hanya satu isu sahaja mengenai kontravensi dalam filem ini.

Apabila saya membaca blog Ketua Dewan Pemuda PAS, jelas melihat beliau memperjuangkan isu ini dalam banyak sudut. Semua pihak wajar melihat isu ini daripada pelbagai sudut. Apa yang dikesali ialah apabila pertemuan antara kedua pihak di akhiri dengan penerimaan penjelasan daripada penerbit dan penerbit berasa bangga.

Sepatutnya pertemuan ini wajar diakhiri dengan resolusi. Apakah tiada pendirian tegas untuk memastikan isu ini tidak akan timbul lagi sedangkan penerbit dan pengarah ini sudah acapkali mempersendakan agama didalam filem-filemnya. Terutama filem seramnya.

Untuk lebih memahami isu ini mari kita lihat beberapa mesej yang cuba disampaikan dalam filem ini. Samada kita sedar atau tidak.a. Menghalalkan tinggal serumah lelaki dan perempuan bukan mahram

Di dalam filem ini abang kepada kekasih “Zizan” tinggal berkesedudukan serumah dengan kekasihnya sehingga wanita itu hamil.

hantu bonceng the movieDi dalam filem ini tiada satu mesej yang menyatakan bahawa perkara ini salah. Malah wanita ini pada akhir cerita ini sanggup menunggu kekasihnya yang cedera parah selepas kemalangan seolah-olah perkara ini tidak salah.

Malah di dalam filem ini juga “Zizan” telah membantu adik kepada mangsa kemalangannya (yang menjadi hantu) tinggal serumah dengannya. Babak-babak ini seolah-olah memberitahu kita bahawa tidak mengapa tinggal serumah kerana terdapat bilik yang berasingan. Malahan mereka tinggal bertiga.

Mesej yang disampaikan seolah-olah tidak mengapa untuk tinggal serumah dengan mahram kerana niat kita untuk membantunya. Yang peliknya ketika ketika kekasih “Zizan” minta tolong daripada “Zizan” untuk menumpang dirumahnya kerana tidak lagi tinggal serumah dengan abangnya.

Boleh pula pengarah mengarahkan “Zizan” untuk menyebut dialog bahawa tinggal serumah itu haram. Nanti timbul fitnah. Tidakkah ini mempersendakan agama?

b. Saya kuat agama

Babak kekasih Kunyit yang menyatakan bahawa dia kuat agama. Ketika itu wataknya memakai tudung. Malah ada ketikanya dia begitu memarahi watak kekasih kepada abang kekasih “Zizan” kerana telah hamil seolah-oleh mencipta watak bahawa kuat agama yang penting adalah dalaman.

Tidak mengapa walaupun tidak menutup aurat dengan sempurna. Keadaan ini juga berlaku didalam filem gagal “Karipap-karipap cinta” Yang cuba menggambarkan walaupun bekas penuntul Al-Azhar, tetapi tidak mengapa untuk tidak menutup tudung/aurat dengan sempurna.

Saya tidak berniat untuk mengkritik mereka yang tidak bersedia untuk bertudung. Memang kita tidak tahu hati budi seseorang. Namun demikian sekurang-kurang mereka yang memakai tudung dengan sempuran telah mematuhi perintah Allah SWT yang memerintahkan kita menutup aurat dengan sempurna.

Dialog yang menyebut kuat agama tetapi tidak memenuhi syraiat yang telah diperintahkan jelas menyampaikan mesej yang mengelirukan umat Islam. Tidakkah ini mempersendakan agama?

c. Bergurau-senda terlampau di tempat ibadah antara mahram

Pada babak yang lain watak “Kunyit” yang sedang membantu bergotong royong di surau dilihat sedang bergurau dengan kekasihnya secara melampau. Tanpa mengira sesentiviti surau sebagai temapt ibadah umat Islam.

hantu bonceng the movieMereka mengenyit mata sambil kunyit mempamerkan otot-otot tangannya kepada kekasihnya.Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh adegan ini? Mungkin ada yang berpendapat kita tak perlu terlalu sensitif dengan perkara yang dianggap mungkin kecil ini. Tetapi sekira kita tidak mula sensitif dengan perkara yang dianggap kecil ini. Kelak perakara ini akan merebak dan parah. Tidakkah ini mempersendakan agama?

d. Mengucapkan kalimah syukur selepas membonceng bersama kekasih bukan mahram

Penonton yang telah menyaksikan filem ini pasti tidak akan terlepas menonton adegan ini. Dalam adegan ini jelas memperlihatkan “Zizan” mengucapkan ucapan “Alhamdulillah” yang bermaksud “Segala Puji Bagi Allah”.

Dialog di dalam adegan ini jelas diucap “Zizan” dengan sekuntum senyuman. Apakah penulis dialog dan pengarah filem serta penerbitnya tidak memahami maksud ayat ini?

Ucapan yang kita pelajari sejak kecil yang tidak memerlukan kita mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang agama ini pasti mudah kita fahami malah penonton yang mahu mengkritik adegan ini juga tidak perlu mengisytiharkan bahawa mereka mempunyai kelulusan yang tinggi. Kanak-kana pra-sekolah juga dapat memahami maksud “Alhamdulillah” ini dengan baik.

Adakah kita perlu mengucap syukur setelah membuat perkara haram?. Agama memang mudah. Namun jangan kita permudahkan agama dengan sesuka hati mengikut kehendak nafsu kita. Tidakkah mengucapkan ucapan ini merendahkan agama. Tidakkah ini mempersendakan agama?

e. Menggunakan Bacaan Surah Al-Ikhlas untuk menumpaskan sihir nasi kangkang

Inilah kesalahan yang kerapkali digunakan oleh penerbit dan pengarah ini. Malah kebanyakan pembikin filem kerap menggunakan perkara ini untuk filem seram mereka.

NONENamun yang lebih menyedihkan pada kali ini ialah apabila surah yang mulia ini digunakan untuk menewaskan sihir nasi kangkang. Tidakkah adegan ini menghina dengan jelas agama,al-Quran dan surah al-Ikhlas itu sendiri.

Adakah layak adegan sehina ini disama tarafkan dengan surah al-ikhlas yang kedudukan ayat ini ialah sama dengan satu pertiga isi al-Quran. Takutlah kita dengan perbuatan yang melampau dan zalim seperti ini. Kita tidak mahu seringkali ayatsuci al-Quran digambarkan sebagai alat penghalau hantu sahaja.

Penggunaan secara meluas aspek agama sebagai komedi wajar dibendung

Saya sebagai penulis ingin memohon kemaafan andai banyak ayat di dalam tulisan ini kasar bunyinya. Namun kita tidak wajar melihat agama terus dilonggarkan lagi.

NONEFilem bercorak agama dan nasihat wajar tidak menjadikan agama sebagai bahan komedi. Jika mahu menjadikan filem agama menjadi komedi sekali pun. Biarlah senario kehidupan biasa dijadikan adegan lawak. Bukan kalimah agama,para ustaz dan ulamak, bukan pada ibdah, bukan syariat dijadikan bahan komedi. Kita tidak mahu filem komedi agama negara menjadi seperti filem komedi negara barat yang terus menjadikan para paderi mereka atau orang agama mereka sebagai bahan lawak.

Malah dalam salah satu cerita barat “Tuhan” juga dijadikan bahan lawak. Secara sedar atau tidak sedar ini semua adalah usaha secara halus untuk kita semua tidak menjadikkan agama sebagai jalan kehidupan.

Ini semua adalah jarum halus untuk mengakarkan faham sekularisme dalam minda kita semua. Memisahkan agama daripada kehiudpan kita tanpa sedar. Meskipun pengarah itu membuat jaminan bahawa para ulamak juga telah menonton filem ini sebelum diluluskan. Namun ini bukanlah jaminan bahawa filem ini bebas daripada unsur persendakan agama.

Dua kesan besar yang akan didapati apabila filem dan drama ditafsir sesuka hati oleh para pembikin filem.

1. Salah faham mengenai ajaran Islam sebenar terutamanya dari segi aspek Tauhid, Fekah dan Tasauf. Ketiga-tiga ciri ini adalah asas yang paling asas dalam ajaran Islam. Apabila Iblis dimenangkan, pergaualan bebas dibenarkan.

Tarbiyah seperti zikir dianggap sebagai simbol ajaran sesat. Maka akan rosaklah ajaran Islam yang sebenar. Ini memandangkan kuasa media yang sangat besar.

azlan2. Lebih membawa kerosakan. Hujah ini berdasarkan bahawa kebanyakkan filem atau drama ini cuba memaparkan betapa bahaya dan betapa dasyatnya apabila manusia membuat dosa. Malangnya filem dan drama inilah yang menunjukkan cara-cara untuk melakukkan dosa.

Terdapat juga adegan yang sebenarnya membahaya bahaya besar kepada negara secara khususnya. Seperti yang dinyatakan diatas bahawa terdapat filem dan drama yang mengajar penonton bagaiaman mahu membuat jenayah terancang seperti pencolekan, pembunuhan, rogol, penipuan malah cara untuk membuat bom.

Kesan ini sangat besar samada kesan jangka pendek ataupun kesan jangka panjang. Kesan salah tafsir ini sangat penting untuk dibendung.

Kesan besar media

Menurut Dennis Mcquail (1996:53) seorang tokoh didalam dunia media massa pernah menyatakan bahawa antara peranan media ialah.

1. Berperanan meluaskan pengalaman dan pandangan kita dan memungkinkan kita memahami apa yang terjadi di sekitar kita, tanpa campur tangan pihak lain atau sikap memihak.

2. Pentafsir yang menjelaskan dan memberi makna terhdap peristiwa atau hal lain yang terpisah dan kurang jelas.

3. Pemberi dan pengantar informasi dan pendapat.

4. Jaringan interaktif yang menghubungkan komunikator dengan penonton melalui berbagai kaedah interaksi.

5. Penunjuk arah yang menunjukkan arah, memberikan bimbingan atau arahan kepada penonton.

6. Penyaring yang memilih bahagian mana senario yang yang perlu diberikan perhatian khusus dan menyisihkan senario yang lainnya, baik secara sedar dan penyisihan dan pengambaran sistematik maupun tidak.

7. Cermin yang memantulkan citra masyarakat terhadap masyarakat itu sendiri, biasanya pantulan citra itu mengalami perubahan kerana adanya penonjolan terhadap segi yang ingin dilihat oleh para anggota masyarakat, atau sering pula segi yang ingin mereka hakimi atau kritik.

8. Tirai atau penutup yang menutupi kebenaran demi pencapaian tujuan propaganda atau pelarian daripada suatu kenyataan.

Membina Karya Hasanah

Ainon Mohd dalam buku beliau iaitu “Panduan Menulis Novel :Teknik Surah Yusuf” menggariskan bahawa terdapat beberapa garis besar yang perlu dijadikan panduan untuk membina karya Hasanah.

Karya Hasanah adalah dimaksudkan karya yang baik. Iaitu karya yang mampu memandaikan masyarakat dan memberi ilmu yang benar. Beliau menyatakan bahawa ciri-ciri karya tidak hasanah adalah seperti berikut.

1. Mempromosikan Idea yang mengatakan Tuhan tidak wujud.

2. Mempromosikan idea-idea yang tidak selaras dengan ajaran di dalam al-Quran dan hadis.

3. Menimbulkan kesan psokologi dan emosi yang menyebabkan timbul keinginan pembaca/penonton mahu melakukkan perkara yang dilaran al-Quran dan hadis.

4. Memberi kemenangan moral kepada si pendosa, yakni watak yang melakukan perbuatan salah.

5. Memberi status rendah kepada Islam manakala agama lain diberikan status yang tinggi dan mulia.

“Piawaian Filem Patuh Syariah”

Sudah sampai masanya filem negara perlu patuhi “Piawaian Filem Patuh Syariah”.

Oleh itu adalah wajar industri hiburan bertemakan Islam diadakan badan pengawas seperti JAKIM mengawal produk halal negara. Badan penilai ini bolehlah mempunyai ciri yang sama dengan FINAS yang melakukan penapisan filem yang sesuai ditayangkan di negara kita.

Filem atau drama yang ingin di tayangkan dalam kosnesp karya Islamik perlulah melepasi piawaian patuh syariah atau “syariah compliant”.

Saranan ini sangat penting memandangkan kesan media sangat besar terutamanya kepada generasi muda Negara. Kita tidak mahu fahaman mengenai syariah sebenar kacau bilau.

Konsep Sastera Patuh Syariah adalah konsep yang di ketengahkan oleh Ainon Mohd. Beliau banyak mengetengahkan teori Surah Yusuf sebagai panduan untuk menghasilkan sastera Islamik yang patuh syariah.

Seperti senario diatas , banyak keadaan senario drama dan filem bertemakan Islamik adalah tidak patuh syariah. Oleh yang demikian panel pengawasan untuk filem dan drama Malaysia perlu segera diwujudkan untuk memastikan kemurniaan dan kesucian Islam.

Sekarang adalah masa yang terbaik memandang banyak usaha pengeluar filem dan drama sedang menghasilkan filem dan drama bertemakan Islam dan seram tahyul.

(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya).

Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.
Al-A’raf : 51

 

Penulis adalah fellow penyelidik di Assembly of Intellectual Muslim (HAKIM) dan mantan Timbalan Presiden Kebangsaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Oleh Mkini 

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Ilmu Islam, PAS, Pendapat, Pendedahan, Pengguna Islam

Tahniah, Malaysia ke 10 pengguna arak

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] –
KUALA LUMPUR, 23 Mei:
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan ‘tahniah’ kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya membawa Malaysia ke rangking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar didunia.
Kejayaan ini benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana Malaysia yang pernah di umumkan sebagai sebuah Negara Islam oleh pemimpin Umno berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan Islam di Eropah dan Benua Amerika.
Demikian kata Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Kata Herman, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menganggap pengakuan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie sebagai satu bukti kejayaan gelap BN selama 12 penggal mereka memerintah negara ini.
Ranking yang telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ini juga menyatakan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan lebih dari RM1.5bilion setahun untuk membeli arak.
Setiap tahun, 30 peratus kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol.
Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah.
“Sampai bilakah kerajaan BN mahu pertahankan rekod ini?” soal beliau.
Beliau mengesa kepada pihak berkuasa kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan persekutuan supaya serius menangani perkembangan industri arak dinegara ini.
Pengeluaran arak di kilang-kilang dalam negara hendaklah dikurangkan, dan permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru hendaklah dibatalkan, cadang beliau.
DPPWP juga mahu pihak berwajib memantau aktiviti penjualan arak dikedai-kedai, restoran dan kelab malam.
Bagi beliau, arak tidak sepatutnya dibiarkan dijual secara terbuka seperti dikedai-kedai ubat dan 7-Eleven yang beroperasi 24 jam.
Akses pembelian arak yang begitu terbuka menyebabkan rakyat negara ini begitu mudah terlibat kepada gejala penagihan arak ini, katanya.
DPPWP juga kesal kerana kerajaan gagal menghalang umat Islam mengadakan urusniaga arak dan meminumnya.
Oleh itu, kerajaan wajib memberikan kuasa penuh kepada JAKIM dan Majlis Agama Negeri memantau umat Islam dari terjebak kepada arak, katanya.
Islam mengharamkan umatnya meminum arak. Bukan hanya kepada rakyat biasa tetapi kepada golongan kaya dan pemimpin sekalipun, hukumnya tetap haram disisi Islam.
“Bagi yang bukan Islam, DPPWP menasihatkan supaya menjauhi arak. Kesan mabuk akibat arak lebih banyak keburukkannya dari kebaikan. Maka carilah minum yang lebih menyihatkan dan memberikan kebaikan kepada diri anda,” katanya.
Beliau juga berharap agar kerajaan tidak terus menerus menutup mata, memekakkan telinga hanya kerana cukai arak yang tinggi dapat memberikan pulangan kepada dana kewangan negara.
Ahli-ahli parlimen wajar membincangkan isu ini dan mencari langkah-langkah penyelesaikan terbaik bagi menyelamatkan rakyat, katanya.
DPPWP berharap agar pemimpin Islam dan bukan Islam dinegara ini dapat mengambil perhatian serius fakta WHO ini dan berusaha menjadikan negara ini bebas dari pengaruh arak, tambah beliau.
Harakahdaily/-

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Kesihatan, PAS, Pendapat, Pendedahan, Pengguna Islam

Gula Naik Harga : Sedarlah Wahai Rakyat Malaysia

Dipetik dari http://mutaligat.blogspot.com/

 9 Mei 2011

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).
Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
Beliau berkata langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat.
Bila kerajaan hendak berjimat rakyat yang jadi mangsa. Elaun menteri, pembaziran perbelanjaan menteri dan sebagainya tidak diusik. Pemborosan, ketirisan, rasuah dan penyelewengan tidak dijadikan langkah untuk berjimat sebaliknya rakyatlah yang dibebankan bila kerajaan hendak berjimat. Apakah kerajaan yang semacam ini yang rakyat mahukan.
Implikasi kenaikan gula :-
1) Harga barangan makanan yang kebanyakan menggunakan gula sudah tentu akan naik tanpa dapat dikawal
2) Rakyat akan lebih sengsara kerana terpaksa berbelanja lebih untuk kos makanan.
3) Rakyat akan lebih menderita kerana pendapatan dan gaji mereka tidak juga naik.
Oleh itu sedarlah wahai rakyat, pilihanraya akan datang mari sama-sama kita menaikkan kerajaan yang mampu untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat, yang pasti bukan BN.

1 Comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Pendapat, Pendedahan, Video Pilihan

Anwar Dedah Syarikat Kroni Bolot RM23 Bilion Wang Petronas

Dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/

27 Rabiulawal 1432H. [MOD] –

MERLIMAU 3 MAC : Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wang Petronas RM 23 bilion di bolot baru-baru ini oleh syarikat kroni, contoh terbaru yang menandakan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa terus berlaku di bawah kerajaan pimpinan Najib Razak.

Justeru tidaklah menghairankan antara individu terkaya di Malaysia adalah adik Najib, Nazim Razak dan anak Tun Mahathir Mohamad, Mokhzani yang menerima habuan daripada Petronas, kata Ketua Pembangkang itu .

Anwar berkata Petronas baru-baru ini mengambil keputusan mengalihkan pelaburan RM23 bilion ringgit yang sepatutnya digunakan untuk mencari gali minyak di luar negara kepada tiga syarikat tempatan.

“Petronas ada kontrak RM23 Bilion, yang selalu dibelanja untuk mencari gali minyak di Sudan, Iran, Afrika, Iraq, dan lain-lain. Sejak Tan Sri Hasan Merican, diberhentikan, dan diganti dengan orang yang dipilih oleh Najib, dia bawa balik RM 23 bilion ini, ” kata Anwar

“Ia tidak dilabur diluar negara tetapi di dalam. Di luar, kalau kita ada syarikat cari gali, Shell atau BP, . dia dapat minyak, kita kongsi. Tetapi 23 bilion yang baru diputuskan di dibawah Datuk Seri Najib adalah untuk … 3 syarikat utama,’ tambah Anwar. ”

Anwar berkata antara syarikat yang menerima habuan itu adalah KENCANA, milik Datuk Mokhzani Tun Mahathir.

Anwar berkata demikian pada ceramah di Padang Serai Merlimau sempena pilihanraya kecil dewan undangan negeri pada hujung minggu ini.

Beliau yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat melahirkan rasa kesal kerana syarikat kroni pemimpin Umno dahulu dan sekarang terus diberikan kontrak berjuta-juta ringgit manakala rakyat dihimpit dengan kos sara diri yang semakin meningkat.

“Ramai tak ada kerja, anak muda gaji RM1,000 saja sebulan. Fikirlah anak-anak ini, nak makan juga, nak hantar anak sekolah, dan ada barang nak beli. Tetapi kamu nak fikir anak kamu (Mahathir) saja sebab apa? Saya marah sebab ini. (Jadi) saya akan lawan tetap lawan,”

Anwar memberitahu ratusan orang yang hadir bahawa kredibiliti Umno semakin merudum kerana kewibawaan pemimpin-pemimpin yang diamanahkan mengurus wang rakyat.

“Saya Menteri Kewangan 8 tahun, kalau saya nak punggah kekayaan, berbilion boleh dapat. Tengok menteri sebelum saya, Tun Daim (Zainuddin) berapa banyak kekayaan dia. Tengok menteri-menteri sekarang… rumah, KL, London, Florida,” kata Anwar disambut tepukan dan sorakan hadirin.

Pada majlis ini Anwar meminta pengundi supaya tidak termakan dengah tohmanah pemimpin Umno BN dan media seperti Utusan Malaysia.

Sebaliknya mereka harus menilai rekod pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sebagai perbandingan dengan apa yang dilakukan oleh BN.

“Banding Melaka dengan Selangor. Selangor 50 tahun bawah Umno, banding apa yang diperolehi orang Melayu, Cina, India di Selangor sekarang. Tak ada bandingan. Kerajaan sekarang beri RM500 sebagai wang khairat, anak masuk universiti dapat RM1n000, lahir saja RM100 di beri” tambah beliau.

Tv Selangor/-

 

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Pendapat, Pendedahan, Pendidikan

Hipokrisi Yang Jelas: Kerana Pulau Pinang, Akhirnya Semua Negeri Ditaja Perjalanan Pulang Pelajarnya Ke Mesir

Alhamdulillah, kebetulan menonton berita di TV tadi, dalam satu mesyuarat yang mana wakil negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak dijemput, kerajaan memutuskan bahawa semua pelajar-pelajar Malaysia yang dibawa pulang ke Malaysia baru-baru ini kerana krisis di Mesir akan ditaja perjalanan pulang mereka untuk kembali menyambung pelajaran di Mesir. Semua pelajar-pelajar ini akan ditaja oleh negeri masing-masing.

Lalu si Jamil Khir berkata, pelajar-pelajar dari 4 negeri Pakatan Rakyat pula boleh menghubungi pihak JAKIM dll (saya tak ingat pula yang lain tu) sekiranya mereka juga ingin ditaja. Seolah-olah mereka turut ingin menolong pelajar-pelajar dari negeri-negeri PR ni kerana keprihatinan mereka (kononnya la), walhal sebelum ini, (dalam stesyen TV yang sama) kenyataan tegas dari kerajaan Malaysia mengatakan bahawa kerajaan tidak akan menangung perjalanan pulang pelajar kembali ke Mesir, kerajaan hanya membawa pulang pelajar-pelajar tersebut balik ke Malaysia sahaja, jadi kos kembali ke Mesir mesti ditanggung oleh mereka sendiri kerana itulah amalan yang biasa dilakukan kerajaan, demikian kata kenyataan itu.

Yang lawaknya, sebenarnya Pulau Pinang adalah  negeri yang mula-mula mengisytiharkan akan menaja perjalanan pulang pelajar-pelajar negerinya ke Mesir kembali. Pulau Pinang memberi setiap pelajar itu RM2000. RM1000 dari kerajaan negeri. lagi RM1000 pula dari Pusat Zakat. Boleh rujuk di sini. Saya pasti kerajaan PR yang lain juga mengambil inisiatif masing-masing.

Kemudian, mungkin kerana PRK  atau apa saja sebabnya, selepas itu Adnan Yaakob pula mengumumkan akan menaja perjalanan pulang pelajar-pelajar dari Pahang pula, siap bagi wang saguhati lagi. (mana boleh kalah dengan negeri PR?) Alhamdulillah…harap-harap ikhlas la ya huhu…(kalau tak ikhlas takde pahala tau huhu…) dan yang terkini ialah berita yang saya tonton tadi.

Agak-agakla, kalaulah Pulau Pinang tak mengisytiharkan pemberian bantuan tersebut, apakah mungkin kerajaan BN Pahang & kerajaan 1Malaysia tu akan berbuat perkara yang sama? Maafkan saya kalau bersikap skeptikal, tapi hipokrisinya terlalu jelas di situ. Walhal, sememangnya itulah yang sepatutnya dilakukan dari awal-awal lagi, bukannya dengan memberi kenyataan tegas bahawa mereka tidak akan menaja pelajar-pelajar tersebut pulang ke Mesir. Wang itupun memang wang yang menjadi milik & hak rakyat. Kerajaan hanyalah yang memegang amanah untuk menggunakannya untuk kepentingan rakyat, termasuklah juga pelajar-pelajar Malaysia yang juga teramat memerlukan bantuan tersebut.

Pendirian itu hanya berubah setelah melihat tindakan yang sepatutnya telah dilakukan oleh negeri PR. Satu tindakan berasaskan kepentingan survival politik, & bukannya kerana kepentingan rakyat. Sekiranya mereka benar-benar ingin menolong, kenapa baru sekarang baru ingin menolong? Kenapa lambat sangat buat keputusan untuk menolong? What took them so long?

Pun begitu, saya pasti, bagi pelajar-pelajar tersebut yang terlibat, majoriti mereka pasti tahu tentang perkara ini. Termasuklah tentang bagaimana mereka baru dapat dibawa pulang ke Malaysia sebelum ini.

Revolusi Islam yang berlaku di Mesir, Yaman, Libya dll. ini memang telah mendedahkan banyak wajah-wajah hipokrisi kerajaan-kerajaan yang menipu rakyat dan tempiasnya turut sampai ke Malaysia. Tapi sebagaimana Islam kini kembali dirindui oleh rakyat yang telah lama tertindas, hipokrisi itu pasti akan runtuh, dan takbir akan kembali dialunkan dengan penuh gemilang.

Ya Allah, jatuhkanlah kerajaan hipokrit ini. Amin, Ya Robbil Alamin.

 

Leave a comment

Filed under Berita, Dari Admin., Pendapat, Pendedahan, Pendidikan

Bantuan Kewangan Untuk Pelajar-Pelajar Dari Pulau Pinang Kembali ke Mesir

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mansor Othman mengumumkan di satu sidang media di Pejabat Ketua Menteri bahawa Kerajaan Pulau Pinang akan hulurkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada 318 pelajar-pelajar dari Pulau Pinang yang terpaksa kembali ke Malaysia kerana krisis di Mesir.

PR Perak Mengalu-alukan Bantuan RM2000 Kerajaan Pulau Pinang Kepada Pelajar Pulang Ke Mesir

15 Rabiulawal 1432H
Oleh : Hafizi PauziPARIT BUNTAR, 18 Feb : Pakatan Rakyat Perak menyokong penuh usaha kerajaan negeri Pulau Pinang menyalurkan bantuan berbentuk wang sebanyak RM2000 kepada 318 pelajar negeri itu yang akan pulang ke Mesir tidak lama lagi, demikian respon dalam isu berkaitan oleh ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim. 

“PR negeri Perak mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan bagi meringankan belanja kos pulang ke Mesir pelajar terbabit, beban rakyat adalah agenda utama PR, tahniah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang di atas inisiatif murni ini,” katanya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri Pulau Pinang telah melakukan dasar kebajikan rakyat yang wajar serta munasabah berdasarkan kemampuan kewangan negeri melalui proksi badan zakat negeri.

“Sewajarnya asnaf fisabilillah dalam zakat digunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah tersebut” katanya.

Beliau yang juga ketua Penerangan Pas Perak mengalu-alukan semua negeri lain mengambil langkah yang sama khususnya bagi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kerana rakyat berhak terhadap perkara tersebut.

“Langkah menyalurkan bantuan kepada rakyat yang menuntut diluar negera sepatutnya menjadi dasar induk bagi mana-mana kerajaan negeri mahupun pusat jika berlaku perkara yang diluar jangka seperti mana situasi di Mesir baru-baru ini,” katanya.

“Ibubapa dan pelajar sebetulnya tidak boleh dibebankan dengan isu tiket balik ke Mesir kerana masalah ini merupakan satu bentuk masalah yang perlu ditanggung bersama” Jelasnya

Menurutnya juga jika kerajaan sanggup berbelanja besar untuk membawa balik mereka dari mesir, kenapa pula mereka tidak boleh dibantu untuk membiayai tiket kembali ke sana.

“Kepada seluruh pelajar saya doakan semoga semuanya bersabar dan selamat sampai kembali ke Mesir dan dapat menyambung semula serta menumpukan pengajian seperti sedia kala,” ujarnya ketika mengakhiri sesi temuramah.

__________________________________________
LajPAS:
Menurut PM Mr. Najib, Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, tapi kenapa tak dapat dapat membantu pelajar-pelajar Malaysia untuk kembali ke Mesir? Sekadar angkut balik Malaysia saja, itupun agak lambat & setelah didesak-desak. Kos ke Mesir bukannya murah, apatah lagi bagi kebanyakan pelajar-pelajar yang masih memerlukan bantuan kewangan tersebut. Itu belum campur kisah belakang tabir tentang bagaimana sesetengah pelajar-pelajar tersebut baru dapat pulang ke Malaysia.
Janganlah cuma pandai mengutuk kerajaan Pulau Pinang & PR sahaja, sedangkan mereka telah membuktikan keprihatinan mereka terhadap rakyat. Haven’t you heard? Action speaks louder than words.
We rest our case.

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Pendapat, Pendedahan, Pendidikan, Video Pilihan

Ini Banner Tradisi Membela Rakyat

Dipetik dari http://misaimerah.blogspot.com/

Dalam kekalutan ‘perang’ media baru rakyat masih tak dapat lupa kenaikan harga barang yang sudah tak dapat dikawal lagi.Kita disogok dengan macam-macam isu termasuk Ketuanan Melayu, dasar untuk perkasakan bangsa Melayu, nak jaga Melayu tapi tang naik barang kita rakyat kena dulu..tak kira apa bangsa semua kena.Yang kata berjuang nasionalis pun kena yang kata berjuang Islam pun kena tak kira sapa bila barang naik.

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Pendapat, Pendedahan

Saman ekor: Kerajaan Cari Duit Haram Dari rakyat

Dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/

DRS. KHALIL IDHAM LIM

 

15 Rabiulawal 1432H [MOD] –
Oleh : Yunus Sauman Sabin
Saya sekadar ingin beritahu bahawa saya mempunyai perasaan untuk malas memiliki kereta tetapi ia adalah keperluan saya dan keluarga. Kenapa? Sebab saman ekor. 

Adakah patut, kereta saya WPC9930 telah disaman ekor di Gombak-Selayang pada November 2008 sedangkan kereta tersebut telahpun saya hantar ke Sabah pada September 2008. Bermakna kereta tersebut berada di Sabah dan bukannya di Semenanjung.

Memandangkan pemilik saman yang tidak membayar saman akan disenaraihitamkan selepas 28 Februari ini, maka saya telah membayar saman-saman saya pada 16 Januari 2011 yang lalu. Tetapi saman yang satu ini saya tidak bayar dan saya telah merujuknya di Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu.

Saya kemukakan bukti bahawa kereta tersebut telahpun dihantar ke Sabah dan kerani tersebut mengarahkan supaya saya merujuk perkara tersebut ke Ibu Pejabat Cawangan Trafik di Selayang.

Saya ke Selayang pada 18 Januari 2011 dan mengemukakan semua bukti dan saya meminta supaya saman tersebut dibatalkan sahaja. Mereka kata tidak boleh. Mereka mesti melihat gambarnya dahulu.

Saya menunggu lebih kurang 10 minit dan kerani di kaunter meminta saya menunggu selama 2 minggu kerana saman tembak tersebut dilakukan oleh Pejabat Bukit Aman. Katanya mereka akan menghubungi saya melalui nombor telefon bimbit saya dan saya juga boleh merujuk keputusan di Cawangan Trafik Kuala Kubu Bharu.

Sehingga kini, sudah sebulan saya menunggu, saya tidak ke Cawangan Trafik Kuala Kubu sebab saya boleh menyemaknya melalui internet. Sehingga kini saman tersebut masih ada dan belum dibatalkan. Apakah sebabnya? Saya boleh mengagak sebabnya tetapi saya tak mau cakap.

Sebentar tadi saya telah menyemaknya buat kesekian kalinya, masih belum dibatalkan dan sudah bertambah satu lagi saman. Kali ini di Kuala Lipis. Mungkin saman ini betul dan mungkin tidak. Saya menjadi ragu kerana kes yang pertama tadi.

Saya mula mengaitkannya dengan dakwaan pihak tertentu bahawa ada APCO (Yahudi) di Bukit Aman. Mungkinkah ini adalah salah satu hasil dari nasihatnya?

Atau sememangnya kerajaan dah tak ada duit, lalu mencari duit haram dari rakyat. Atau, adakah orang lain menggunakan nombor pendaftaran kereta saya. Kalau ya, di mana buktinya.

Namun, melalui bukti dokumen penghantaran kereta ke Kota Kinabalu yang saya berikan, tentulah kereta yang disaman itu sepatutnya bukan saya punya dan mesti dibatalkan. Terlalu banyak kemungkinan. Saya tidak tahu.

Apapun, mereka yang melakukannya mungkin boleh dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam tugas. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sekarang dah menghampiri 28 Februari dan sekiranya saya tak bayar, mungkin saya akan disenaraihitamkan. Lesen memandu tidak boleh diperbaharui. Sedangkan saya perlu memandu. Cukai jalan juga tidak akan diperbaharui sedangkan kereta itu perlu bergerak. Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini.

Saya benar-benar kecewa.

Yunus Sauman Sabin,
Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Pendapat, Pendedahan

Bayaran Tambahan Sekolah: Jangan Bebankan Rakyat

Dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/

DRS. KHALIL IDHAM LIM

15 Rabiul Awal 1432H.
PAS Miri

SURAT TERBUKA KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

MIRI 17 Februari 2011 – Mutakhir ini, bandaraya Miri sering dikunjungi dengan lawatan rasmi menteri-menteri Kabinet dan baru-baru ini Perdana Menteri hadir ke Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang merangkap Menteri Pelajaran hari ini akan ke pedalaman daerah Limbang menghadiri majlis pengiktirafan salah sebuah sekolah cemerlang, SK Ulu Lubai (syabas dan tahniah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort II).

Dasar Pendidikan Negara Bantu Ringankan Beban Ibubapa

Memang diakui sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak-anak memperoleh yang terbaik terutama dalam pendidikan. Ibubapa terutama yang mempunyai ramai anak perlu bijak berbelanja agar mereka tidak dibebani kos perbelanjaan persekolahan anak. Ada juga pihak yang berpendapat bahawa beban dipikul ibubapa oleh kos persekolahan anak-anak disebabkan ibubapa tidak bijak membuat perancangan.

Tetapi dasar kerajaan terhadap pendidikan negara juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan lahirnya modal insan berilmu tinggi yang bakal menerajui kepimpinan negara. Dasar inilah yang sepatutnya membantu ibubapa di negara ini dalam menanggung beban pendidikan anak-anak mereka.

Saban tahun rakyat disajikan dengan bajet dan peruntukkan dalam Rancangan Malaysia (RMK) khususnya sumbangan tenaga pengajar iaitu guru dengan imbuhan demi imbuhan baik yang bertugas di kawasan bandar atau pedalaman. Ianya tidak dinafikan dan guru berhak mendapatkannya. Namun berjuta dan berbilion juga peruntukkan serta perbelanjaan oleh kerajaan samaada dalam soal bantuan makanan dan sokongan lain seperti pakaian dan buku teks, tetapi setiap kali sesi persekolahan bermula,
ibubapa masih juga dibebankan dengan bayaran tambahan dari pihak sekolah.

Mansuh Bayaran Tambahan

Setiap kali sesi persekolahan bermula, kedengaran rintihan ibubapa mengenai bayaran tambahan yang dikenakan pihak sekolah samada ianya telah ditetapkan dalam mesyuarat PIBG sesebuah sekolah atau adakah mengikut garis panduan perkeliling Kementerian Pelajaran atau tidak, ternyata kos bayaran tambahan ini membebankan ibubapa.

Ketika masyarakat kini sedang berhadapan dengan siri kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan asas, ditambah lagi dengan yuran tambahan yang tinggi dikenakan pada awal sesi persekolahan anak-anak ada kemungkinan ibubapa yang berpendapatan rendah khususnya di pedalaman Sarawak mempunyai masalah kewangan dan tidak mustahil ada yang menanggung hutang.

Secara puratanya, ibubapa akan menyediakan perbelanjaan untuk seorang anak berjumlah RM200.00 ke RM300.00 bagi menyediakan pakaian sekolah, daftar yuran, buku-buku dan peralatan lain. Setelah masuk beberapa minggu persekolahan, ibubapa menerima lagi surat menuntut pembayaran tambahan yang umum faham sesebuah sekolah perlu sedikit sumbangan ibubapa untuk menambahbaik lagi pembelajaran di sekolah. Apa yang dikhuatiri ialah bayaran-bayaran tambahan tersebut tidak diselaraskan dan bergantung kepada sesebuah sekolah untuk mengenakan jumlah bayaran.

Bagi mereka yang berkemampuan, ia bukan satu masalah tetapi bagaimana pula dengan ibubapa keluarga (anak) yang ramai, berpendapatan rendah, tiada pekerjaan tetap, perbelanjaan isi rumah yang tinggi?

Rakyat menuntut agar Tan Sri Muhyiddin Yassin MANSUH SEMUA BAYARAN TAMBAHAN SEKOLAH

 

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, PAS, Pendapat, Pendedahan, Pendidikan