Category Archives: Pendapat

Masa Untuk Hapuskan Tol

Leave a comment

Filed under Berita, Pendapat, Pendedahan, Video Pilihan

Rakyat Malaysia Tak Bodoh Tapi Diperbodohkan

Sumber;

http://www.youtube.com/user/tvpas09

Leave a comment

Filed under Berita, Pendapat, Pendedahan, Video Pilihan

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

Bila baju kotor, basuhlah dengan detergen yang berkesan…
Bila kerajaan korup dan tak pentingkan rakyat, ubahlah kepada kerajaan yang prihatin dan telus!
Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

Sumber;

http://www.youtube.com/user/dapvideo

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Pendapat, Video Pilihan

Hapus Subsidi Gas Bebankan Rakyat

12 Muharram 1433H. [MOD] –

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Tindakan Kerajaan BN untuk memansuhkan sepenuhnya subsidi gas asli menjelang tahun 2015 bukan sahaja akan membebankan rakyat, malah akan turut mempertingkatkan lagi penggunaan tenaga asas di negara ini.

Berdasarkan statistik yang dibekalkan oleh Imbangan Tenaga Kebangsaan 2008, Malaysia mengalami peningkatan penggunaan tenaga asas purata sebanyak 6.1 peratus di antara tahun 2000 hingga 2008.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, catatan tersebut menjadikan peningkatan penggunaan tenaga asas itu hampir sama dengan peningkatan purata KDNK (GDP) negara sebanyak 6.0 peratus.

Menurutnya, apabila subsidi kepada gas asli akan dimansuhkan sepenuhnya oleh kerajaan menjelang tahun 2015, peningkatan tersebut pasti akan menjadi lebih ketara.

Katanya, bukan sahaja kos tenaga dijangka meningkat, malah Malaysia juga agak ketinggalan jauh dalam bidang Kecekapan Tenaga disebabkan pelbagai alasan.

“Berdasarkan statistik penjualan tenaga elektrik pada tahun 2009, sebanyak 92,753 GWj (Giga Watt jam) tenaga elektrik telah digunakan. Awer menganggar sejumlah 62.14 juta Ton bersamaan CO2 (karbon dioksida) telah dilepaskan disebabkan penggunaan elektrik ini.

“Nisbah purata agihan pelepasan CO2 adalah 3:5:6 di antara sektor domestik, komersil dan industri,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Walaupun Malaysia telah membuat komitmen untuk mempraktikkan teknologi hijau dan Ekonomi Rendah Karbon, menurutnya, langkah seterusnya masih kabur.

Katanya, ia hanya mewujudkan “penghijauan” dari segi warna berbanding dengan cara-cara penyelesaian masalah yang membantu.

“Berdasarkan maklum balas daripada individu-individu, SMI/E (Industri Kecil Sederhana), pembuat peralatan elektrik dan agensi kerajaan, mereka ingin bantuan seperti webtool (alat bantuan berasaskan internet) untuk membantu mereka membuat keputusan dan bergerak ke hadapan,” tegasnya.

Sehubungan itu, Awer telah mengambil keputusan untuk melancarkan sebuah portal yang beralamat di CLICK http://www.click.org.my bagi membantu orang ramai merealisasikan gaya hidup rendah karbon.

Katanya, CLICK hanyalah satu permulaan dan ia adalah satu portal yang berkembang dengan lebih banyak webtool serta laporan-laporan akan dimuatnaik secara berkala.

Pelancaran portal tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur, Ray Kyles di kediaman Pesuruhjaya Tinggi British di sini jam 10.00 pagi semalam.

Menurutnya, sebelum portal tersebut berjaya dilancarkan, pihaknya telah menjalani beberapa siri perundingan secara pasif, aktif interaktif mengenai gaya hidup rendah karbon dengan pelbagai pihak.

“Hasil kajian tersebut telah dikaji semula dengan teliti dan dipadankan dengan rancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang, bagi membantu negara dalam mencapai gaya hidup rendah karbon,” tambahnya.

Portal tersebut disediakan dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina dan dibahagikan kepada 4 bahagian.

Bahagian pertama mengenai pengenalan CLICK, bahagian kedua bagi realisasi kepada gaya hidup rendah karbon, bahagian ketiga panduan untuk menangkap pencuri tenaga dan bahagian keempat akujanji atas talian.

Portal tersebut sememangnya amat berguna kepada semua pihak dan orang ramai yang ingin melayarinya kini bolehlah mengunjungi laman sesawang http://www.click.org.my pada bila-bila masa.

harakahdaily/-

Leave a comment

Filed under Alam Sekitar, Artikel Pilihan, Berita, Pendapat, Pendedahan

Cukup Ke Gaji RM1500 di Malaysia?

Leave a comment

Filed under Berita, Dari Admin., PAS, Pendapat, Pendedahan, Pendidikan

Kerajaan PR di Pulau Pinang Meneruskan Agenda Rakyat Yang Tidak Dilaksana Oleh Kerajaan BN Terdahulu.

KENYATAAN MEDIA 

10/11/2011  BERSAMAAN  (14/ZULHIJJAH/1432).

Kerajaan PR di Pulau Pinang meneruskan agenda rakyat yang tidak dilaksana oleh Kerajaan BN terdahulu.

Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang (LPAS) memuji dan menyokong sepenuhnya tindakan yang diusahakan oleh ADUN Datuk Keramat (YB Jagdeep Singh) dan Ahli Majlis MPPP (Tuan Haji Yusof Bin Mohd Noor) kerana berjaya menyelesaikan masalah yang berlarutan hampir 20 tahun dengan berjaya mendapatkan peruntukan untuk membaik pulih dan menaik taraf gerai-gerai makanan dan minuman di sekitar Jalan Utama iaitu bersebelahan dengan Hospital Besar Pulau Pinang.

Ianya adalah salah satu usaha yang berjaya diselesaikan oleh Pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kerajaan Negeri Pimpinan Pakatan Rakyat (PR). Dimana, sedia maklum bahawa keadaan persekitaran sekarang berada di dalam keadaan daif, kotor, dan parit-parit tersumbat. Ianya adalah hasil daripada peninggalan pimpinan Kerajaan UMNO/BN terdahulu tanpa membuat sesuatu benda yang memberi manfaat kebaikan kepada smeua pengunjung-pengunjung ke gerai-gerai tersebut.

Hasil Kajian yang dilakukan oleh Lajnah Pengguna&Alam Sekitar Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang (LPAS DPPN Png) mendapati:

1)      Rata-rata pengunjung bersetuju jikalau Pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dapat membaik pulih dan menaik taraf gerai-gerai serta persekitarannya.

2)      Majoriti pengunjung terdiri daripada pesakit di Hospital Pulau Pinang, Kakitangan Hospital Pulau Pinang dan lain-lain lagi. Oleh demikian mereka memerlukan gerai-gerai makanan yang dekat berbanding gerai makanan yang disewakan oleh MPPP di Stadium Bandaraya dan Padang Brown.

3)      Para pengunjung juga memaklumkan pada pihak LPAS DPPN Png, dimana mereka selalu melihat YB Jagdeep Singh dan Tuan Haji Yusof Bin Mohd Noor turun ke gerai-gerai ini menjamu selera berbanding pemimpin-pemimpin BN terdahulu.

4)      Justeru itu para pengunjung juga tidak bersetuju jikalau gerai-gerai makanan diwujudkan berhampiran dengan Padang Polo sebabnya terlalu jauh dan perlu melentasi jalanraya dengan menaiki jejantas, dimana jalan tersebut iaitu Jalan Residensi sentiasa terlalu sibuk dengan kenderaan.

Tahniah diucapkan kepada YB Jagdeep Singh, Tuan Haji Yusof Bin Mohd Noor, Pihak MPPP dan Pihak Kerajaan Negeri kerana masalah ini dapat diselesaikan dengan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan rakyat (PR) berjaya memperuntukkan RM 270 Ribu (budget 2012) untuk menaik taraf dan membaik pulih premis-premis gerai MPPP di Jalan Utama bersebelahan Hospital Besar Pulau Pinang demi untuk menjaga kepentingan pengunjung dan melihat standard kebersihan bermutu di kawasan Hospital mahupun di luar kawasan Hospital (Kawasan gerai-gerai).

LPAS DPPN Png menyarankan bahawa semua Ngo-Ngo tidak perlu mengkritik dan membantah dengan rancangan Kerajaan Negeri ini. Malahan semua Ngo-Ngo perlu menyokong sepenuhnya disebabkan selama 20 tahun masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan terdahulu iaitu BN. Harus diingat 80-90 % peniaga di gerai ini ialah golongan Melayu dimana mereka meniaga melebihi daripada 5 tahun. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak membelangkangi kaum melayu seperti mana apa yang digemburkan oleh media tali barut UMNO/BN.

Disediakan Oleh Sdr Dzulfahmi Bin Abu Bakar.

(Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna&Alam Sekitar)

(LPAS DPPN Png).  

Email: korb175@yahoo.com

Leave a comment

Filed under Berita, Dari Admin., PAS, Pendapat, Pendedahan

Golongan Muda Muflis – Benarkah Kad Kredit Punca Utama?

KENYATAAN MEDIA

GOLONGAN MUDA MUFLIS – BENARKAH KAD KREDIT PUNCA UTAMA?

Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (LPAS DPPN PNG) berpandangan sangat serius terhadap kenyataan hasil kajian secara rambang oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj dimana dalam tempoh 3 tahun yang lalu kira-kira 45,000 orang muda diisytiharkan muflis dengan nisbahnya dianggarkan 41 orang sehari.

Justeru itu, sedia maklum bahawa kegagalan membuat bayaran balik hutang, pemiutang akan memfailkan petisyen kepada Pihak Mahkamah dengan syarat hutang mestilah melebihi RM 30,000 keatas.

Persolannnya sekarang ialah mereka yang diisytiharkan muflis boleh dikatakan kesemuanya berada dibawah lingkungan umur bawah 40 an dan tinggal di bandar – bandar besar. Dan antara sebab mengapa sesetengah anak muda terlibat dengan pinjaman bank melalui pinjaman peribadi dan kepenggunaan kad kredit adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian mereka gara – gara kos sara hidup yang terlalu tinggi. Golongan anak muda yang berbelanja secara membazir bolehlah dianggap segelintir sahaja. Bukan semuanya 45,000 anak muda suka membazir.

Harus diingat, rata – rata yang membuat pinjaman bukan untuk keseronakan semata – mata, malahan ada juga sebilangan anak muda yang membuat pinjaman sekadar untuk meneruskan hidup di Bandar – Bandar Besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Dan Pulau Pinang dimana gaji terlalu rendah atau sederhana.

Sebilangan anak muda terpaksa membuat pinjaman peribadi di bank untuk menamatkan zaman bujang mereka, dimana kita sedia maklum bahawa faedah (bunga) adalah terlalu tinggi didalam sistem sesetengah perbankan. Anak muda terpaksa berhutang untuk kahwin sebanyak RM 15,000 ke RM 20,000 . Ditambah dengan kos perkahwinan saban tahun semakin meningkat dan dengan hutang termasuk faedah (bunga) sekali. Ini bermakna mereka akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah hutang.

Dan dalam masa yang sama juga, mereka terpaksa membuat pinjaman untuk membeli kereta dan rumah bagi memenuhi keperluan hidup berkeluarga. Ditambah pula pasangan yang bekerja. Mereka terpaksa menghantar anak mereka kepada pengasuh atau ke Pusat Asuhan Kanak – Kanak. Ini sudah tentu melibatkan penambahan kos.
Ini belum lagi menyentuh kepada pinjaman pengajian di IPTA mahupun IPTS pada masa terdahulu daripada PTPTN. Tempoh bayaran semula pinjaman kepada PTPTN yang panjang ditambah dengan faedah yang tinggi.

Sepatutnya belanjawan 2012, Kerajaan UMNO/BN perlu menekan peruntukan kepada golongan – golongan asnaf bandar. Seperti mana pada thun 2010 Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik pernah mengeluarkan kenyataan pada media – media bahawa masyarat di bandar – bandar pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan diisytiharkan sebagai Miskin Bandar.

Sudah sampai masanya anak muda harus menilai Buku Jingga yang di tawarkan oleh Pakatan Rakyat berbanding dengan kerajaan yang ada sekarang pimpinan UMNO/BN.

Belanjawan yang di bentangkan oleh PM Datuk Seri Najib baru-baru ini hanyalah sekadar mengaburi mata rakyat dalam jangka masa pendek semata – mata untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke-13. Oleh yang demikian, anak – anak muda perlu bangkit sekarang daripada terus ditindas oleh Kerajaan UMNO/BN. Anak muda lah yang akan dapat mengubah struktur landskap politik Malaysia.

Disediakan Oleh;

Ahmad Firdaus Bin Ali
Pengerusi

Leave a comment

Filed under Berita, Dari Admin., Pendapat, Pendedahan

Pembayaran RM 500.00 Kepada Isi Rumah Kurang Daripada RM 3,000.00.

KENYATAAN MEDIA

Sudah sampai masanya kerajaan UMNO/BN perlu menjelaskan secara terbuka kepada rakyat negeri Pulau Pinang khususnya berpendapatan kruang daripada RM 3,000.00 sebulan. Kerana Belanjawan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ni memperuntukan RM500.00 ringgit setahun kepada isi rumah yang kurang daripada RM 3,00.00 Sebulan.
Ini sangat penting bagi masyarakat bandar seperti di Pulau Pinang. Kerana rata-rata pendapatan isi rumah di paras sederhana dan rendah.
Persolannya sekarang kenapa Kerajaan UMNO/BN tidak menggunakan khidmat bayaran terus menggunakan khidmat Pejabat Pos seperti pada tahun 2006 dan 2007, dizaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah memberi rebat tunai kepada pemilik kenderaan motor dan kereta iaitu sebanyak RM 625.00 (kereta) dan RM 125.00 (motor). Semua urusan pengisian borang dan pengambilan duit rebet tunai di lakukan di Pejabat Pos.
Tetapi kenapa Bayaran RM 500.00 ini perlu mengisi borang pendaftaran di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan urusan pembayaran duit ini pulak di Pejabat Pos. Tidak kah ini menyusahkan orang ramai kerana terpaksa membuat urusan berlainan tempat pada masa sama atau hari yang berlainan.
Ataupun Kerjaan UMNO/BN mempunyai agenda tersendiri untuk memasang perangkap apabila orang ramai berurusan dengan LHDN.

Cadangan Lajnah Pengguna & Alam Sekitar DPPN Pulau Pinang ialah :

1) Kerajaan UMNO/BN perlu menjelaskan kepada orang ramai dalam masa terdekat supaya orang awam tidak menjadi keliru atau berfikir untuk membuat sesuatu keputusan.

2) Kembali memberi RM 500.00 kepada orang ramai melalui agen seperti Pejabat Pos iaitu kaedah yang sama dilakukan pada tahun 2006 dan 2007 apabila pemberian rebet tunai oleh Kerajaan UMNO/BN akibat kenaikan harga minyak petrol.

Seharusnya Kerajaan UMNO/BN perlu mengkaji dahulu sebelum mengumumkannya iaitu dengan mengambil kira jarak lokasi dari satu tempat ke tempat lain, masa dan pengangkutan. Kerana LHDN hanya terletak di Bandar-Bandar besar. Manakala di semi bandar tiada mempunyai LHDN. Sbg contoh di Pulau Pinang. Hanya ada 2 sahaja.

Disediakan Oleh:
Sdr Ahmad Firdaus Bin Ali (Pengerusi LPAS DPPN Png).

Leave a comment

Filed under Berita, Dari Admin., Pendapat, Pendedahan

PAS Cadang Turun Kadar Faedah Kad Kredit ke 10% Setahun -Pemuda P.Pinang

Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak wajar menurunkan kadar faedah maksimum kad kredit dari 17.5 peratus pada 10 peratus setahun bagi mengelakkan lebih ramai lagi golongan belia muflis.

Demikian cadangan Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (LPAS DPPN PNG) sebagai reaksi pada data Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) iaitu kira-kira 45,000 belia muflis sejak tiga tahun lalu.

“Kira-kira (purata) 41 belia muflis setiap hari. Kalau boleh, turunkan kadar faedah maksimum ke 10 peratus setahun atau kurang dari 1 peratus sebulan kerana mereka yang muflis kebanyakannya sebab tidak dapat membayar hutang kad kreadit,” ujar pengerusinya Ahmad Firdaus Bin Ali petang tadi.

Bagaimanapun beliau berkata golongan yang terbabit perlu mengubah budaya hidup bermewah-mewah dengan berhutang menggunakan kad kreadit.

“Gaji RM1,500 sudah melayakkan orang muda untuk memiliki kad kreadit. Tapi, kalau berbelanja ala-ala isteri perdana menteri (secara mewah), hutang (menggunakan kad kreadit) RM150,000 pun tidak cukup sebulan,” ujarnya.

Pun begitu, beliau berkata tujuan asal kad kreadit diperkenalkan adalah baik, iaitu memudahkan proses jual beli.

“Kad kredit tak salah. Yang salah kita, berhutang lebih RM30,000 hingga boleh diisytiharkan muflis di mahkamah sebab tak mampu bayar balik,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan, kadar faedah kad kreadit sejak dua tahun lepas diturunkan antara 2 peratus sehingga 1 peratus sebulan menjadi 18 peratus setahun.

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia bersetuju mengenakan caj 17.5 peratus setahun atau 1.45 peratus sebulan berkuatkuasa sejak 31 Mac 2009.

Kadar itu, menurut sumber, adalah terendah jika dibandingkan dengan negara-negara Asia lain.

Menganggap isu belia muflis sebagai masalah utama pengundi muda sekarang, beliau berharap Pakatan Rakyat dapat mengumumkan suatu komitmen yang realistik dan bersepadu sempena pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal hujung tahun ini. -END

Leave a comment

Filed under Berita, Dari Admin., PAS, Pendapat, Pendedahan

Kenyatan Media: Akta Kerja: Kerajaan Jangan ‘Syok Sendiri’

AKTA KERJA : KERAJAAN JANGAN ‘SYOK SENDIRI’


16 Oktober 2011

 

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kerajaan mendengar keluhan serta pandangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang membantah pindaan Akta Kerja 1955. Bagi LPAS, MTUC mempunyai asas yang kukuh membantah Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang telah dibentang dan diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

 

LPAS berpendapat kerajaan sepatutnya berbincang dahulu dengan pelbagai peringkat terutama golongan pekerja serta kesatuan sekerja bagi mendapatkan pandangan sebelum membentangkan Rang Undang-Undang Akta Kerja. Ini kerana ia melibatkan hak dan kepentingan golongan ini. Jika benar kerajaan prihatin terhadap rakyat, golongan pekerja mestilah antara keutamaan yang perlu diberikan perhatian.

 

MTUC dalam satu kenyataannya menegaskan pihak mereka menentang Rang Undang-Undang Akta Kerja 1955 kerana ia menghapuskan sistem perlindungan, yang secara langsung akan menjadikan sistem ‘hamba’. Mereka menentang sistem kontraktor tenaga buruh pihak ketiga  kerana kesannya akan menjadikan soal kebajikan pekerja tidak dipedulikan. Kesan jangka panjang pula adalah menjadikan jurang pendapatan semakin meningkat dan tekanan ke atas hak-hak pekerja yang boleh menyebabkan kesan buruk ke atas sistem ekonomi, sosial dan politik di negara ini.

 

Dalam hal ini, LPAS mempersoalkan bagaimanakah khidmat nasihat yang diterima oleh kerajaan sehingga pindaan Rang Undang-Undang ini menimbulkan kemarahan banyak pihak, khususnya golongan kesatuan sekerja? Mungkinkah kerajaan mendapat nasihat yang salah, atau maklumat yang tidak tepat sehingga sanggup menegepikan golongan pekerja.

 

LPAS mengingatkan kerajaan betapa banyak keputusan kerajaan yang dibuat dalam keadaan terburu-buru dan tidak tepat. Orang Melayu baru kehilangan Kampung Baru ekoran Rang Undnag-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 yang dibentang dan diluluskan baru-baru ini dalam keadaan yang sangat tergesa-gesa. Kerajaan pula sengaja mahu mencari permusuhan berpanjangan dengan MTUC dan kesatuan sekerja yang lain kerana sanggup membentangkan akta ini dan diluluskan pula beberapa jam kemudiannya. Walaupun kerajaan memberi ‘gula-gula’ yang banyak dalam bajet 2012 baru-baru ini, rakyat masih tetap tidak berpuashati kerana banyak perkara kerajaan telah membelakangkan rakyat. Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan, lalu memprotes pemimpin UMNO-BN dalam PRU ke 13 nanti.

 

LPAS juga meminta kerajaan melayan tuntutan MTUC dengan baik dalam piket yang akan mereka anjurkan nanti. Negara demokrasi seperti Malaysia membenarkan hak berhimpun dan menyatakan suara hati mereka, justeru LPAS meminta jaminan kerajaan agar jangan mengambil tindakan terhadap mereka selama mana piket berlangsung dengan aman.

 

Disediakan oleh;

 

YB UST.MOHD FIRDAUS JAAFAR

Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar

Dewan Pemuda PAS Malaysia


Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, PAS, Pendapat, Pendedahan