Category Archives: Pendapat

BN Biarkan Rakyat Merana, Tidak Peduli Hak Rakyat

Artikel ini & sebelumnya dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/

05 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh : Hafizi Pauzi.

IPOH, 8 Feb : Malaysia sedang diterajui oleh kerajaan yang menganggap diri mereka adalah golongan elit dan hanya mereka sahaja yang pandai memerintah . Sifat ini hanya layak berlaku di Negara yang tidak bertamadun. Demikian penegasan oleh ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim

“Realiti sebenarnya BNlah yang tidak pandai tadbir negara. Dan Rakyat perlu bertindak dari sekarang bagi menyebar berita mengenai keadaan semasa negara yang sedang menuju ke arah kemusnahan, berbagai isu penindasan terhadap rakyat telah dilakukan oleh BN terhadap rakyat, namun kesedaran tersebut masih belum mendominasi keadaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Jelas Khalil, berdasarkan Laporan sebuah Yayasan untuk Kebebasan yang telah membuat kajian dalam soal melindungi hak asasi manusia, Malaysia terus teruk yang mana ia telah jatuh menjunam daripada 5 mata pada 2009 kepada 1.72 mata pada 2010.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak menambah, berdasarkan laporan, kebebasan mahkamah masih kuat dipengaruhi kerajaan melalui badan eskekutif dan ini tidak selari dengan slogan BN “rakyat didahulukan” seperti diperkenal oleh PM Malaysia.

Rakyat telah menyaksikan betapa tidak adilnya Malaysia dari segi amalan undang sivil melalui mahkamah di Negara ini dalam kes-kes serta pertuduhan yang berlaku dalam kalangan pemimpin BN.

“Apabila ada tuduhan dilemparkan ke atas Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim dan juga ke atas Ketua Menteri Sarawak ,Taib Mahmud, pihak berwajib seperti SPRM lambat bertindak,” soalnya.

Menurutnya lagi, di Malaysia dalam masa yang sama, jika terdapat sebarang pertuduhan yang membabitkan rakyat, SPRM mahupun mana-mana pihak yang terlibat amat pantas melaksanakan siasatan terperinci terhadap tertuduh.

“Hak asasi rakyat Malaysia terus dibelasah oleh BN dengan sewenang-wenangnya, perkembangan ini tidak boleh terus berlaku, rakyat perlu buat sesuatu untuk tukar mereka (BN),” katanya.

Jelas Khalil, kedaulatan undang-undang kini sedang dilanyak oleh BN, pihak yang menjadi mangsa ialah rakyat, segala saman, kompaun, serba segi yang melibatkan denda kesalahan akan dirasai oleh rakyat dikeluarkan tanpa belas ihsan kerajaan terhadap rakyat, “benarlah rakyat didahulukan”, tempelaknya.

Dalam pada itu, beliau juga mengkritik tindakan Kementerian Pelajaran yang memansuh bantuan RMT di sekolah seluruh Malaysia sambil menyifatkan ia adalah satu lagi detik sedih bagi golongan yang kesempitan kewangan.

“Sudahlah hak rakyat tidak dihormati, nafi pula hak mereka yang miskin untuk makan, pemimpin PR dan rakyat tidak boleh hanya menunggu dan melihat sahaja isu ini , gerakkan tenaga untuk mencetus kesedaran kepada orang yang paling hampir dengan kita,” jelasnya ketika menutup sesi temubual

 

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Pendapat, Pendedahan

Rakyat Perlu Tolak Pemboros Negara

1:15 PM DRS. KHALIL IDHAM LIM

05 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh : Hafizi Pauzi.

IPOH, 8 Feb : Drs. Khalil Idham Lim, Ketua Penerangan PAS Perak menegaskan PR menolak sekeras-kerasnya terhadap sebarang bentuk pembaziran wang Negara, lebih-lebih lagi pembaziran berlaku pada waktu Negara berada dalam situasi memerlukan wang yang lebih untuk kebajikan rakyat.

“Saya rasa pelajar sekolah rendah pun tahu membanding harga sebelum membeli barang, pemimpin Malaysia sudah buta hati dan tak pandaio metametik untuk fikir cara belanja berhemah, akibatnya wang rakyat dibazirkan,” kata YB Khalil ketika ditemui di sini.

Tambahnya, Kementerian Pertahanan dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, harga tersebut adalah 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama sebagaimana yang disebut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Malaysia juga sedang berada dalam keadaan bahaya dengan tindakan Najib Razak membiarkan isterinya menginap di hotel dengan bayaran menginap di sebuah bilik mewah (suite) yang harganya mencecah UDS35,000 atau menyamai RM106,000 semalam dalam satu sesi lawatannya ke luar Negara baru-baru ini.

“Beliau (Rosmah) menyatakan bahawa lawatannya adalah mewakili rakyat walhal tindakan ini langsung tidak selari dengan hasratnya konon mahu mewakili hak rakyat Malaysia,” tempelaknya.

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, pembaziran seperti ini tidak dapat diterima, harga minyak RON 97 sahaja sudah 4 kali dinaik secara sesuka hati oleh BN tanpa ada kawalan, rakyat terus dihimpit dengan kesan kenaikan harga minyak terhadap barangan lain.

“Adakah Najib mahu melihat rakyat bangkit seperti mana di Tunisia dam Mesir, patutnya BN ambil pengajaran dari Rakan sejawatnya dari Tunisia diguling oleh rakyat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khalil menempelak respon PM terhadap situasi mesir baru-baru ini dengan mengeluar kenyataan bahawa kerajaan sentiasa menjaga kemahuan rakyat kerana telah timbul rasa khuatir BN rakyat bangkit kerana ditindas oleh pemerintah.

“BN hakikatnya tidak ambil pengajaran, mereka terus menipu rakyat dengan fakta-fakta palsu bagi mempamer imej bersih serta adil BN terhadap rakyat Malaysia,” tambahnya.

Beliau juga mengingatkan terhadap rakyat Malaysia betapa perlunya kerajaan yang telah leka memerintah selama 53 tahun ini ditukar dengan kadar segera sambil menyatakan PRU 13 lah medan terbaik rakyat untuk melakukan perubahan ke arah Malaysia yang selamat.

 

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, PAS, Pendapat, Pendedahan

Rakyat Penang Mengalu-alukan Kempen Tiada Plastik Percuma

From http://www.youtube.com/user/cmlimguaneng

Supermarkets, hypermarkets and some retail stores in Penang and some fast foods outlets have supported the state’s move towards a cleaner, greener Penang by not giving out free plastic bags when they shop. This takes effect from 1st January, 2011. Shoppers who need plastic bags are asked to contribute 20 sen towards the Anti-Poverty Funds.

Chief Minister Lim Guan Eng had attended several launching of the ‘No Free Plastic Bags’ Campaign at various shopping malls and hypermarkets.

When interviewed, several shoppers said they support the state government’s effort.

Leave a comment

Filed under Alam Sekitar, Artikel Pilihan, Pendapat, Video Pilihan

Jaga Alam Sekitar: Malaysia di Belakang

Dipetik dari http://www.malaysiakini.com/bm/
Puspawati Rosman
Kira-kira dua minggu yang lalu, saya ada tertonton sebuah iklan daripada kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan iaitu iklan kempen Hari Tanpa Beg Plastik.

malaysian shopping  at departmental store sale 201205Menerusi kempen ini, pengguna tidak lagi dibekalkan dengan beg plastik secara percuma setiap kali berbelanja di pasaraya pada setiap hari Sabtu, – mereka digalakkan untuk membawa beg atau bakul sendiri dari rumah bagi menampung barangan yang dibeli.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian perdagangan kerana berani mengikut jejak langkah Pakatan Rakyat yang telahpun menjalankan dan melaksanakan kempen yang sama di negeri Selangor dan Pulau Pinang sejak tahun lalu dengan jayanya, walaupun Pakatan Rakyat telah mendapat kritikan daripada kerajaan persekutuan pada awalnya.

NONEKalau hendak dibandingkan dengan beberapa buah negara maju, negara kita adalah sangat terkebelakang di dalam implementasi penjagaan alam sekitar menerusi undang-undang.

Milenium sudah masuk tahun ke-11, tetapi kita masih bercakap tentang kitar semula barangan yang diperbuat daripada plastik, kertas dan aluminum sedangkan di beberapa negara lain seperti Jepun misalnya, undang-undang telah menyebut secara spesifik bahawa pengguna diwajibkan mengitar semula barangan seperti komputer lama, barangan eletronik, bateri, telefon lama dan sebagainya.

Wajib ambil semula

Yang menarik, undang-undang ini bukan sahaja dikenakan ke atas pengguna, tetapi juga ke atas pengeluar barangan tersebut yang diwajibkan mengambil semula produk daripada pengguna tanpa mengenakan apa-apa kos. Sekiranya kos dikenakan, pengeluar hendaklah mengumumkannya supaya menggalakkan orang ramai mengitar semula barang-barang tersebut.

penang no free plastic bag campaign 010111 launchDi negara kita, cadangan untuk melaksanakannya sudah kedengaran, tetapi sehingga kini, ia hanya kekal sebagai cadangan sahaja. Kalau adapun perlaksanaannya, maka saya anggap ia gagal kerana berita mengenainya adalah hampir tiada.

Hanya di beberapa tempat, kita dapat menemui syarikat-syarikat swasta yang menjalankan program pelupusan barangan eletronik terutamanya komputer, tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana kekurangan kempen.

Persoalannya, adakah kita perlu menunggu sehingga undang-undang dikenakan ke atas kita, barulah kita akan menjaga alam sekitar? Bagaimana pula dengan undang-undang atau kempen yang telah dijalankan oleh kerajaan kita beberapa tahun lalu, tetapi terbengkalai atau tidak dilaksanakan sepenuhnya ibarat hangat-hangat tahi ayam?

segambut dap mp community problems 130208 garbageKetika saya tinggal di Bangsar bersama-sama beberapa orang rakan, kami telah mengagih-agihkan tugas menjaga kebersihan rumah sesama sendiri.

Saya ditugaskan untuk membersihkan halaman belakang rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Manakala, rakan serumah saya, Joy, yang tugasnya membuang sampah telah meletakkan tiga buah kotak di sudut dapur rumah kami. Beliau meminta kami semua membuang botol dan pembalut plastik serta kertas di dalam sebuah kotak, sisa makanan di dalam sebuah kotak lain dan lain-lain sampah di dalam yang satu lagi.

Setiap hujung minggu, Joy akan mengasing-asingkan sampah-sampah yang boleh dikitar semula tersebut dan menghantarnya ke tempat kitaran semula.

Melecehkan

Apabila saya berpindah ke tempat lain, saya masih cuba mengamalkan pembuangan sampah seperti yang diajar oleh Joy, tapi hanya seketika sahaja. Ini adalah kerana, saya tidak jumpa tempat mengitar semula yang berhampiran dengan tempat kediaman saya.

NONEMembuang sampah menjadi sesuatu yang melecehkan. Masalah ini bukan sahaja dialami oleh saya, tetapi juga oleh beberapa orang rakan yang berniat untuk mengamalkan yang sama.

Apabila kami menghubungi ahli majlis perbandaran masing-masing, jawapan yang diterima adalah sangat menghampakan. Akhirnya kami terpaksa bergantung dengan ‘brader’ naik lori yang menjalankan perniagaan mengutip dan membeli barangan kitar semula. Itupun hanya sekali sekala sahaja beliau muncul.

Ini membuat saya tertanya-tanya, bukankah beberapa tahun dahulu, kerajaan telah menyediakan pusat kitar semula yang cukup banyak di beberapa bandar utama?

kl flash flood masjid jamek pc 120607 rubbishKempen 3R (Reduce, Reuse and Recycle), mana perginya semua itu?

Adakah hanya terdapat di dalam sekolah sahaja? Bagaimana pula dengan orang dewasa? Jangankan pusat, tong besar tiga warna itupun saya jarang nampak, kecuali di beberapa pusat-pusat membeli belah.

Perlukah saya mengangkut sampah sarap saya sehingga ke pusat membeli belah dan membuangnya secara berasingan di tong-tong yang disediakan di setiap tingkat?

Tidak kira samada anda adalah penguatkuasa atau penyokong kerajaan persekutuan atau negeri, kebersihan alam sekitar harus diutamakan. Pada pendapat saya, kempen sehari tanpa beg plastik itu adalah sesuatu yang baik, tetapi saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik lagi.

azlanTidak perlu gubal undang-undang baru, hanya perketatkan dan laksanakan kempen yang telah dibuat, perbanyakkan pusat dan bekas kitar semula dan jadikannya sesuatu yang mudah ditemui.

Atau perlukah saya menunggu sehingga pilihanraya baru, dan mungkin ada calon-calon yang akan memasukkan kempen alam sekitar di dalam manifesto mereka?

Leave a comment

Filed under Alam Sekitar, Artikel Pilihan, Berita, Pendapat, Pendedahan

Bas Percuma Pulau Pinang Untuk Membantu Pekerja Kilang

Dipetik dari http://www.youtube.com/user/cmlimguaneng

Chief Minister Lim Guan Eng commented on the recent increase of RON 97. He asked the Federal Government to explain why there are two price increases in a month.

Penang is implementing the Park and Ride call the Bridge Express Shuttle Transit (Best) to help factory workers in view of the increasing prices. The Penang State Government will provide free bus transports from Seberang Jaya to the various factories in the Free Trade Zone in Bayan Lepas.

According to CM Lim, they estimated that each person will save at least RM250 per month. This initiative is the first in Malaysia.

“We walk the talk, we don’t just talk.”

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Pendapat, Video Pilihan

CAP Bimbang Minyak Masak Tidak Cukup

Dipetik dari http://www.malaysiakini.com/bm/
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu kerajaan mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap pengeluar minyak masak bagi menangani masalah kekurangan bekalan itu yang semakin menular ke seluruh negara.

sm mohd idris“Tindakan tegas terhadap pengeluar perlu diambil memandangkan terdapat mereka yang mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak masak ke luar negara kerana ia lebih menguntungkan.

“Sikap pengeluar yang lebih mementingkan keuntungan ini telah membebankan rakyat biasa yang terpaksa berdepan dengan ketiadaan bekalan minyak masak terutama sekali minyak masak yang dijual dalam bentuk paket kecil,” kata presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris.

Katanya, kerajaan perlu bertindak tegas dengan membatalkan dengan segera lesen pihak pengeluar yang melakukan kegiatan ini demi untuk memastikan jaminan keselamatan makanan negara terjamin.

Tidak dapat diperolehi

Menurut SM Mohamed, tinjauan CAP di beberapa kedai runcit dan pasar raya di Pulau Pinang juga mendapati bekalan minyak masak terutama sekali di dalam bungkusan paket kecil tidak dapat diperolehi oleh pengguna.

roti canai and cooking oilBeliau berkata walaupun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah pada waktu ini dan jaminan bekalan yang mencukupi tetapi ia tidak mengambarkan keadaan sebenar.

“Jika bekalan minyak masak mencukupi di pasaran sudah tentu pengguna tidak akan melakukan pembelian panik akibat dicetuskan oleh kekurangan bekalan di pasaran dan kebimbangan akan berlakunya kenaikan harga.

“Oleh itu kerajaan perlu memastikan keadaan bekalan sentiasa terkawal dan terjamin terutama sekali bekalan minyak masak dalam paket yang mampu dibeli dan menjadi keperluan utama golongan bawahan,” katanya.

sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 cooking oilSM Mohamedjuga mahu kerajaan bertindakan terhadap kegiatan orang tengah yang sering memanipulasi keadaan dan mengambil kesempatan terutama sekali di peringkat ladang sehinggalah kepada pihak pengilang.

“Ini semua melibatkan masalah sistem pemasaran sedia ada yang perlu disemak semula oleh kerajaan terutama sekali dalam masalah yang melibatkan sistem pengedaran daripada peringkat pengeluar sehinggalah kepada pengguna,” katanya.

Menurut beliau, kekurangan bekalan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara kita kerana Malaysia merupakan negara pengeluar dan pengeksport utama produk minyak sawit dunia.

 

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Pendapat, Pendedahan

Kembalikan RON97 dan Minyak Tanah Dalam Senarai Harga Yang Dikawal Kerajaan

Dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/

DRS. KHALIL IDHAM LIM

01 Safar 1432H.
Cina Islam.

Mengulas mengenai harga petrol RON 97 dan minyak tanah yang masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hal itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana harga kedua-dua bahan bergantung kepada harga pasaran minyak mentah dunia.

“Memanglah kita tidak umumkan, melainkan minyak Petrol RON 95 yang dikawal kerajaan,” katanya.

Semalam Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia Datuk Hashim Othman memberitahu dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Namun timbul beberapa pesoalan yang masih kurang jelas dan memerlukan jawapan dari menteri iaitu sekiranya harga dua bahan bakar itu dipasaran turun. Adakah akan ada pengumuman harga diturunkan.

Peliknya sejak dikatakan dua bahan bakar itu akan ikut harga dunia, ceritanya hanya naik sahaja. Tidak pernahkan harganya turun?

Selain itu saya agak musykil dengan asalnya bahan mentah RON97 dan minyak tanah adakah datang dari luar negara sehingga ianya dianggap lagi tidak penting dan dilepaskan dari senarai harga yang dikawal kerajaan.

Sedangkan dari segi kualiti dan daya pakai rakyat masih kuat kepada bahan bakar itu.

Oleh itu saya berpandangan kerajaan mesti bertanggung jawab kepada semua harga barangan yang dipakai oleh rakyat, dan jangan cuba berlepas tangan dengan alasan yang nampaknya diada-adakan.

Saya mendesak supaya RON97 dan minyak tanah mesti dikembalikan kepada senarai barangan yang dikawal oleh kerajaan.

 

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Pendapat

Utusan Macam Nasi Goreng Basi

Dipetik dari http://www.harakahdaily.net/v2/

28 Muharam 1432H
Oleh : Mohd Sabri Said

TASEK GELUGOR, 2 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan Utusan Malaysia umpama ‘nasi goreng basi’ kerana terus memainkan isu walaupun tahu isu yang dipaparkan tidak lagi relevan pada masyarakat.

Katanya, akhbar tersebut terus menabur fitnah yang boleh dikatakan semua isu sudah dijawab dan ada antaranya telah memakan diri Umno sendiri.

Tambahnya, isu wang judi sampai kini menjadi mainan bibir pemimpin Umno dan Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi parti itu sengaja memaparkan isu berkenaan walaupun tahu ia telah selesai.

“Utusan Malaysia macam nasi goreng basi senantiasa ulang cerita yang sudah selesai. Mereka terus sebut isu yang berulang walaupun tahu telah menikam Umno sendiri dengan harapan menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat secara bertalu-talu,” ujarnya ketika berucap di majlis Jubli Perak PAS Kawasan Tasek Gelugor di Dewan Besar Sungai Dua malam tadi.

Beliau sebagai peneraju Negeri Pulau Pinang berharap rakyat tidak termakan dakyah jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya memberi kepercayaan pada Pakatan Rakyat yang sedang memerintah agar terus melaksanakan berbagai program menjana perubahan pemikiran rakyat.

Kerajaan berhati rakyat tambahnya, melakukan berbagai perencanaan untuk meningkatkan sosio ekonomi, kebajikan dan seterusnya memberikan kemudahan terkini seperti Wifi pada rakyat mulai tahun ini.

Selain itu, ujarnya kerajaan berkonsepkan Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) mahukan pembelaan rakyat dijadikan amalan apabila memberikan RM100 kepada ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai rangkaian bantuan kepada warga emas dan miskin tegar.

“Negeri berkebajikan menjadi amalan kerajaan bukan macam Umno dan BN asyik memenuhkan poket sendiri dan sanggup melihat rakyat menderita dan sengsara,” tegasnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

 

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Pendapat, Pendedahan

Pasaraya Tanpa Plastik.

Dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/

 

28 Muharram 1432H.
Drs. Khalil Idham Lim.

Saya amat menyokong langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menetapkan semua pasar raya besar (hypermarket), pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak) diminta melaksanakan “hari tanpa beg plastik” setiap hari bermula kelmarin

Walaupun pada masa yang sama Kerajaan Pusat cuma menetapkan sehari dalam seminggu kepada pelanggan pasar raya, pasar raya besar dan premis terpilih seluruh negara yang tidak membawa beg sendiri akan dikenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dibekalkan premis berkenaan jika membeli-belah pada setiap Sabtu. Namun langkah yang dilakukan oleh Pulau Pinag lebih ke hadapan dan mempercepatkan langkah memulihkan masalah alam sekitar akibat dari pembuangan sisa platik.

Hasil yang dikumpul itu akan disimpan dalam dana khas bagi melaksanakan program kepenggunaan serta kemasyarakatan menjurus ke arah pemuliharaan alam sekitar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Abdul Majid Abdul Rahim, berkata pengguna tidak akan lagi dibekalkan beg plastik percuma ketika membeli belah setiap Sabtu di premis perniagaan terbabit. “Kita minta orang ramai kurangkan penggunaan beg plastik untuk memulihara alam sekitar selain menyemai budaya hidup lestari selaras kempen setiap Sabtu sebagai Hari Tanpa Beg Plastik,” katanya ketika menyerahkan risalah sempena Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Hari Tanpa Beg Plastik.

Kempen itu juga diharap mampu mengurangkan kesan penggunaan plastik terhadap alam sekitar, ekonomi dan kesihatan pengguna.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata “hari tanpa beg plastik” itu adalah langkah negeri ini untuk menjadi negeri hijau yang pertama di Malaysia. Kerajaan negeri akan menghebahkan program itu melalui pelbagai pendekatan seperti mendirikan papan iklan dan mengedarkan 500,000 risalah untuk menerangkan kepentingan ‘hari tanpa beg plastik’,” kata dalam sidang DUN Pulau Pinang akhir tahun lepas.

Menurut Guang Eng semasa membentagkan Bajet 2011 itu, 73 pengusaha yang menandatangani deklarasi pengurangan penggunaan beg plastik menunjukkan bahawa mulai 1 Julai 2009 hingga 26 Oktober 2010, Pulau Pinang berjaya menjimatkan 32,508,418 beg plastik.

Hari tanpa plastik cuma bermasalah kepada yang baru mengalaminya, namun selepas pembeli tahu tempat yang dikunjunginya tidak menyediakan plastik percuma berarti dia bebes membawa apa sahaja jenis beg yang disimpan dirumah untuk mengisi barangan yang dibelinya.

Ataupun kalau terlupa apalah salahnya dengan membayar wang sebanyak RM 0.20 yang saya kira cukup kecil nilainya dan sudah tidak boleh membeli sebiji gula-gulapun.

 

Leave a comment

Filed under Alam Sekitar, Artikel Pilihan, Berita, Pendapat

Susahnya ‘Melayu’ Menjelang Tahun Baru?

Dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/

Ahmad Baei Jaafar
Selepas menyambut Maal Hijrah baru-baru ini, kita bersiap-siap pula untuk menyambut tahun baharu Masihi, 2011. Kalau Maal Hijrah kita diingatkan tentang hijrah, tahun Masihi pula kita diingatkan dengan pakaian anak sekolah. Itulah realiti orang Melayu di negara ini.

Walaupun orang lain turut sebuk menguruskan hal itu, namun orang Melayu lebih nampak serius. Bukan serius kerana terlalu mengambil berat hal pendidikan anak-anak tetapi, baru gelabah mencari wang. Ada yang mengharapkan wang zakat, harapkan bonus kerajaan dan belas kasihan orang ramai.

Kenapa orang Melayu tidak membuat persiapan awal dari awal tahun lagi? Miskin sangatkah orang Melayu sehingga soal pendidikan anak terpaksa mengharapkan kerajaan dan bantuan zakat dan orang ramai? Bayangkan kalau sebulan seseorang bapa atau ibu boleh menyimpan RM10 sudah tentu pada akhir tahun sudah ada RM120. Rasanya jumlah itu cukup untuk membeli baju dan kasut serta peralatan sekolah anak-anak.

Sepatutnya orang Melayu tidak susah kerana Allah selalu memerintahkan mereka dengan solat dan mengeluarkan zakat. Dua ibadah itu adalah pakej yang wajib diutamakan oleh umat Islam. Orang Melayu yang beragama Islam pasti taat perintah Allah lalu mereka akan menunaikan solat dan berzakat. Soalnya bolehkah orang miskin mengeluarkan zakat?

Terfikirkah kita kalau Allah perintahkan orang Islam mendirikan solat, dan menunaikan zakat, maka wajiblah ditunaikan. Jadi, bagaimana orang Islam atau orang Melayu boleh mengeluarkan zakat kalau mereka miskin. Maknanya secara tidak langsung Allah perintah kita supaya menjadi orang kaya yang masing-masing boleh mengeluarkan zakat. Bayangkan kalau semua orang Islam kaya, semua orang Melayu banyak wang, akan berlakukan senario yang disebut di atas?

Kalaupun kita tidak jadi kaya, setidak-tidaknya kita pandai berjimat berbelanja dan pandai menabung. Menabung di mana? Bukankah kita ada Tabung Haji, kita ada bank, kita ada syarikat saham dan kita boleh sertai koperasi. Tetapi berapa ramai yang menabung dalam syarikat tersebut? Memang terlalu sedikit.

Hakikatnya ramai orang Islam tidak sedar atau terlepas pandang bahawa mereka seharusnya menabung dan tempat yang paling sesuai buat masa ini ialah di dalam syarikat takaful. Kenapa? Ya, dengan menyimpan di dalam syarikat takaful, mereka secara langsung mendapat tiga manfaat. Pertama menyimpan sekali gus melabur, kedua melakukan kebajikan dengan menyumbang khairat kepada peserta lain, dan yang akhir mendapat perlindungan harta dan pendapatan.

Bayangkan kalau semua orang Melayu berbuat begitu, bila anaknya ingin memasuki universiti, wang itu boleh digunakan sehingga tamat pengajian. Apatah lagi kalau bapa-bapa anak-anak tersebut telah menabung secara khusus untuk mereka dalam takaful. Selepas tamat ijazah pertama, boleh disambung lagi untuk membuat master.

Inilah yang tidak pernah difikirkan oleh ibu bapa semasa anak mereka masih kecil. Bila ditanya, kenapa tidak mahu menabung semasa anak itu masih kecil, katanya masih awal lagi. Nanti besar tahulah apa yang hendak dilakukan. Yalah, kena pinjam PTPTN. Jadi, kita telah mengajar anak kita supaya berhutang sejak bersekolah lagi.

Betapa zalimnya kita, ibu bapa termasuk saya. Semasa muda tidak sedar hal ini. Kita biarkan anak kita dalam keadaan terpaksa pinjam PTPTN. Atas kesedaran inilah saya pada hari ini mengajak anda kalian agar menabung dengan takaful dari sekarang. Sayangilah anak-anak sebelum anda tiada.

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Pendapat, Pendedahan, Pengguna Islam