Category Archives: Pengguna Islam

Belanjawan 2013 : Edisi PR vs Edisi Najib

Video dari myKelantanTV

Leave a comment

Filed under Berita, Pendapat, Pendedahan, Pendidikan, Pengguna Islam, Video Pilihan

Malaysia Perlukan Perubahan!

Video dari mediarakyat

Leave a comment

Filed under Berita, Pendapat, Pendedahan, Pendidikan, Pengguna Islam, Video Pilihan

Untuk Semua Pekerja Islam

Video bersempena sambutan Hari Pekerja 2012. Disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

Video dari http://www.youtube.com/user/DPPNPP

Leave a comment

Filed under Berita, Dari Admin., Ilmu Islam, Pengguna Islam, Video Pilihan

Negara Berkebajikan: Tawaran PAS

Leave a comment

Filed under Alam Sekitar, Artikel Pilihan, Berita, Dari Admin., Kesihatan, PAS, Pendedahan, Pendidikan, Pengguna Islam

Perjumpaan LPAS DPPM, LPAS DPPN PNG bersama CAP

14 Oct


Tarikh: 13 OKT 2011
Tempat : Pejabat CAP, Jln Masjid Negeri P.Pinang
Masa : 3 Petang

Kehadiran:
Presiden: Tuan Haji S.M Idris,
Ketua Biro Pendidikan : Cg Azmi TERAS,
Ketua Biro Undang-Undang :Tuan Kader Mydin.
LPAS DPPM : YB Ustaz Firdaus Bin Jaafar (MP Jerai).
LPAS DPPN PNG : Sdr Firdaus Bin Ali (Peng LPAS DPPN PNG), Sdr Dzulfahmi Bin Bakar (Timb Peng LPAS DPPN), Sdr osman Bin Awang (S/u LPAS DPPN PNG).

Nasihat dan pandangan yg diutarakan oleh TUAN PRESTuan Haji S.M Idris.
IDEN CAP,

1) CAP melihat semua isu-isu halal,haram pengguna, alam sekitar keseluruhan dan bukan dalam skop yang sempit. Terutama berkaitan makan,minum,bagaimana hendak mengurus kesihatan dan serta perbelanjaan wang.

2) FALSAFAH CAP ialah, i) Kehidupan Sederhana. ii) Penggunaan yang minima. iii)Dalam soal belian.

3) Kerana orang melayu khususnya suka berbelanja besar apabila melibatkan perbelajaan sesutu perayaan. Contohnya hari raya Idul Fitri, Hari Raya Aidil Adha dan sebagainya.

4) Oleh kerana berhadapan dengan dunia peradaban iaitu dunia moden (globalisasi), Maka sesuatu pekerjaan dilakukan tanpa rela hati atau ikhlas, semuanya mengharapkan ganjaran berbentuk wang ringgit. Berbanding dgn masyarakat terdahulu atau warga2 tua yang lalu, mereka semua membuat sesuatu pekerjaaan tanpa mengharapkan ganjaran wang ringgit, malahan mereka menghulurkan sumbangan lagi. Contoh para warga yg berjuang utk dapatkan kemerdekaan.

5) Sebenarnya Tamadun Moden inilah Tamadun Jahiliyah (jahil), kerana ditanam dengan fahaman untuk mendapatkan kebendaan semata2 tanpa ikhlas.

6) Dalam pada masa yang sama CAP sedang berusaha meningkatkan kesedaran kepada masyarakat melalui Pendedahan Pendidikan Islam lebih terperinci kepada pelajar2 di sekolah.

7) CAP juga berpesan sudah sampai masanya Parti PAS khususnya, memperjuangkan isu-isu pengguna serta alam sekitar kapada masyarakat umum, iaitu soal ini yang perlu didahulukan berbanding mendahului isu-isu politik.

8 ) CAP juga berpesan Parti PAS perlu melakukan kempen2 untuk mengubah tabiat masyarakat dengan adanya program-program kesedaran.

9) CAP juga bersetuju untuk berkerjasama dengan LPAS DPPM, LPAS DPPN PNG dengan menerima AJK-AJK drpd LPAS DPPM, LPAS DPPN PNG dan LPAS Negeri-Negeri lain untuk menjalani latihan ‘attachment’ supaya dapat belajar secara mendalam tentang kaedah, teknik penyisatan serta hal ehwal proses-proses kerja seharian yang dilakukan oleh CAP. Latihan ini memerlukan tempoh masa sekrg-krgnya 1-2 bulan, dimana CAP bersetuju akan memberi sedikit bantuan kewangan untuk menyara keperluan berbentuk makanan dan minuman.

10) Akhir sekali YB Ustaz Firdaus (MP Jerai) menerangkan kaedah sembelihan mengikut syarak ISLAM kpd Cg Azmi(Teras), Termasuk peranan Ngo-Tunas yg akan diwujudkan oleh LPAS DPPM dan Isu-isu semasa.

“Memimpin Kebangkitan Anak Muda”

Disediakan Oleh.

Sdr Firdaus Bin Ali
Pengerusi LPAS DPPN PNG Sessi 2011-2013).

Berita di bawah dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/

Dewan Pemuda, CAP jalin kerjasama
Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 15 Okt:
Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat melangkah setapak lagi kehadapan apabila menjalinkan kerjasama dua hala dengan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Kerjasama itu bagi tujuan merangka usaha memupuk jiwa rakyat terutamanya umat Islam di negara ini berhubung kepentingan kepenggunaan dan pemeliharaan alam sekitar.

Ketuanya, Firdaus Mohd Jaafar berkata, selama ini isu berkaitan kepenggunaan dan alam sekitar dianggap ‘isu sampingan’ oleh sesetengah pihak sehinggakan ia tidak menjadi satu daya tarikan untuk rakyat bangunkan kesedaran bersama.

“Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama lajnah diperingkat Pemuda negeri cuba bangkitkan kesedaran supaya rakyat pandang serius isu berkenaan pengguna serta alam sekitar yang kini berada pada situasi yang membimbangkan,” jelasnya ketika pertemuan dengan Presiden CAP, S.M Mohamed Idris di pejabatnya semalam.

Oleh itu lajnah akan memantapkan gerakan ke arah itu dengan mewujudkan satu kumpulan yang diberi nama Tunas, yang tahu secara mendalam sebagaimana yang dibuat oleh CAP.

Setelah pendaftaran ‘Tunas’ berjaya nanti sambung Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai, beliau akan memastikan setiap negeri memilih sekurang-kurangnya dua orang untuk dihantar bekerja dan tinggal dengan CAP bagi menangani isu pengguna dan alam sekitar.

“Kita sedang berusaha mewujudkan ‘Tunas’ yang mana nanti mereka yang terlibat denganya akan mendapatkan khidmat nasihat, bekerja dan tinggal dengan CAP untuk latihan selama sebulan dua supaya bila bergerak atas nama Tunas nanti dapat membantu CAP untuk tangani isu berkaitan. TIdaklah CAP berseorangan sebagaimana hari ini, ” ujarnya.

Turut hadir pada pertemuan sebelum itu semalam ialah Ketua dan Setiausaha Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Negeri, Saudara Abu Firdaus dan Saudara Osman, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Haji Azmi Abdul Hamid dan Timbalan Presiden CAP, Muhideen Abdul Kader.

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Dari Admin., PAS, Pendapat, Pendedahan, Pendidikan, Pengguna Islam

Jangan Tamak – Ramai Dah Tertipu Dengan Company Ini

 

“Kak, marilah duduk kejap.. tak perlu beli apa-apa, kami beri mug percuma.”
Lelaki itu melambai-lambaikan sekeping kertas promosi ke arah saya di ruangan legar TESCO.
Memandangkan waktu itu baru lpas sekolah dan pasti jam sesak, saya pun ok la.
Saya duduk di kerusi yang disediakan. Lelaki muda itu meminta saya isi maklumat diri dalam borang yang disediakan. Saya sebenarnya dah agak, maka saya pun isi ala kadar saja.
“Saya dapat komisen setiap borang yang diisi,” kata lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Farid, dari Negeri Sembilan.
“Tunggu kak, jangan pergi dulu. Saya nak terangkan tentang produk kami,” katanya kemudian.
Saya lihat demonstrasi yang dilakukannya pada microwave oven. Ok la, boleh tahan.
Berapa harga barang ni?” saya tanya sekadar nak tahu.
“RM3388 jika cash. Tapi jika boleh bayar dengan kad kredit,” terangnya.
Dia kembali dengan 2 keping kad bertampal.
“Kami ada buat promosi. Kak bukalah, boleh dapat diskaun RM100 hingga RM300 jika beli barang kami dengan kad diskaun ni, atau jika naib baik boleh dapat barangan percuma.Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.”
Saya lihat dalam fail yang diletakkan di atas mejanya. Ada contoh kad gores yang mendedahkan diskaun RM100, RM300, induction cooker, atau vacumn cleaner. Semuanya lebih dari RM3000 setiap satu.
Buka-buka kad itu, adalah gambar induction cooker, RM100 dan juga vacumn cleaner.
Si Farid itu terkejut. “Eh, kak… kenapa ada 2 barangan elektrik? Tak pernah ada pun gambar begini, nanti saya kena tanya supervisor.”
Dia pun tinggalkan saya sekejap. Saya belek-belek fail di depan mata. Nmpak ada gambar beberapa orang dengan barangan elektrik yang dimenangi. Hmmm…
“Kak, bertuahnya kak. Supevisor kata sekarang kami buat promosi Deepavali, jadi hanya ada 10 saja kad ini yang dikeluarkan syarikat. Kak slaah seorang yang cukup bertuah. ”
“Wah dapat 2 barang percuma jika beli satu barang elektrik lain. Tolak vacumn cleaner dan cooker, barang apa yang awak suka?”

Ini pamplet barangan mereka
Saya tunjuk microwave oven. Harga RM3388.
“Lihat, dua barang sudah harga biasa RM6000 lebih, tapi jika bayar RM3288 saja, boleh dapat 3 barang ini. Untung banyak loo,” wanita Cina itu menyampuk.
Saya biarkan mereka bersandiwara. Satu senario yang pernah berlaku di tempat lain masih saya ingati lagi. Dalam hati, saya terus berzikir. Biar tenang.
“Ya la”  Farid terus angkat kotak microwave oven dan cooker lalu letak di tepi meja. “Jika beli satu saja barangan lain, boleh bawa balik sekarang,” katanya.
Saya senyum.
“Kak boleh beli dengan cash atau kad kredit. Mana kak lebih suka?” tanya wanita Cina itu.
“Tentulah beli cash,” saya jawab.
“Wah, pandai kak ni. Beli cash lagi bagus.”
“Tapi saya tak perlukan semua tu,” saya jawab dengan tenang.
“Eh, kak. Mana boleh kata tak perlu? Barang berkualiti, guna di rumah.”
“Saya sudah ada barang-barang ini, tapi jenama lain. Buat apa nak beli lagi. Tadi kamu kata datang dengar saja, dapat mug percuma. Sekarang nak saya beli barang pula dengan harga RM3000 lebih, buat promosi pula, tak boleh jual,” saya beri alasan.
“Promosi senang saja,” pujuk Farid.
“Saya bincang dengan suami dulu,” saya membuat keputusan.
“Kalau kak bagitau suami pun, dia takkan percaya boleh dapat free begini banyak barang,” wanita Cina itu pula berkata.
“Dia yang akan bayar maaa, dia suami,” saya pula senyum.
Wanita Cina itu tiba-tiba berkata,” Kak nak beli atau tidak? Tak nak beli, takpe kita cancel.”
“Ok, cancel saja,” saya menjawab ringkas. Masih senyum. Saya berlalu pergi dengan mug yang diberi.

Hahahaaaa… ni pengalaman kali kedua dengan wakil syarikat yang sama. Mempromosikan barangan elektrik dan perkakasan rumah jenama AMG itali. Modus operadi yang sama. Barangan yang sama – Mahal tetapi kononnya hebat, environment friendly dan baik untuk kesihatan. Tapi harga sampai lebih RM3 ribu setiap satu.
Pandai mereka… cakap cepat, bijak memujuk, langsung tak berikan masa lama untuk saya berfikir. Tekanan demi tekanan secara psikologi diberi agar orang termakan pujukan lalu membeli, kononnya belian yang berbaloi. Untung bila beli 2-3 barang dengan harga itu. Dapat diskaun lagi. Bila dah tinggalkan mereka, barulah sedar rupa-rupanya mengapa beli barangan sampai RM3000 sedangkan boleh dapatkan benda yang sama tapi jenama lain dengan harga jauh lebih murah?

Syukurlah saya sudah biasa berada di bawah tekanan dengan para pelajar yang nakal dan memeningkan kepala tu. Pengalaman di Beijing dulu juga banyak memberi pengajaran. Alhamdulillah juga, terima kasih pada Allah swt kerana memang poket saya tak berapa berisi pada ketika itu, hehehee.. beg berat dengan susu perah untuk Ihsan.
Sekarang sudah ada 2 mug syarikat itu di rumah. Saya sebenarnya dah lalui pengalaman yang lebih kurang sama di Carrefourre tahun lalu. Kali ini saya kongsi dalam blog.

Mengapa?
Rupa-rupanya syarikat ini telah menipu ramai orang dengan modus operadi yang sama.
Mereka yang tertipu bila balik rumah dan bersembang dengan orang lain barulah sedar bahawa mereka sebenarnya membayar terlalu mahal untuk barangan elektrik.
Kes mereka yang tertipu sejak tahun 2007 masih belum selesai sebab syarikat ini akan gulung tikar dan tukar nama selepas penipuan mereka didedahkan.

Oleh itu, berhati-hatilah jikalau dihampiri oleh promoter syarikat digedung membeli-belah.
Mereka suka kita guna kad kredit sebab mereka akan dapat pulangan lebih.
Ubat untuk melawan mereka hanyalah satu – jangan tamak.
Jangan mudah terpedaya dengan gmik barangan percuma, diskaun dan hadiah promosi.
Bersederhanalah dalam hidup. Bersyukur dengan apa yang ada, buat keputusan membeli barang yang mahal dengan bijak.
Selamat membeli-belah.

nota: foto diambil dari blog  http://ana-mutiarahati.blogspot.com/2011/09/tektik-tipu-product-amg-italy-kat-tesco.html

11 Comments

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Pendedahan, Pengguna Islam

Hantu Bonceng: Usah Cepat Halalkannya

Dipetik dari http://www.selatanonline.net/v1/index.php
Berita, Komentar, Ulasan & PendapatIsu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya dikhantu bonceng the movieatakan selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga menyatakan bahawa pihak lembaga tiada masalah dengan Filem Hantu Bonceng. Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.

“LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.”

Malah penerbit filem itu juga menyatakan bahawa filem ini telah ditonton oleh empat ulamak sebelum filem ini diluluskan.

Di dalam semua watak ini. Hanya “Zizan” sahaja sebagai watak utama telah memohon maaf kepada semua.

Usaha Dewan Pemuda PAS sewajarnya dipuji kerana ketegasannya menarik perhatian khalayak masyarakat untuk sensitif terhadap isu mempersenda agama dalam hiburan. Namun begitu terdapat beberapa elemen yang terlepas pandang apabila diperhalusi isu ini khasnya didalam filem “Hantu Bonceng”.

NONEKebanyakan pihak hanya menumpukan satu isu sahaja iaitu isu kalimah tauhid berbanding pelbagai mesej yang cuba disampaikan di dalam filem ini. Keadaan ini berlaku apabila media hanya menggaris besar hanya satu isu sahaja mengenai kontravensi dalam filem ini.

Apabila saya membaca blog Ketua Dewan Pemuda PAS, jelas melihat beliau memperjuangkan isu ini dalam banyak sudut. Semua pihak wajar melihat isu ini daripada pelbagai sudut. Apa yang dikesali ialah apabila pertemuan antara kedua pihak di akhiri dengan penerimaan penjelasan daripada penerbit dan penerbit berasa bangga.

Sepatutnya pertemuan ini wajar diakhiri dengan resolusi. Apakah tiada pendirian tegas untuk memastikan isu ini tidak akan timbul lagi sedangkan penerbit dan pengarah ini sudah acapkali mempersendakan agama didalam filem-filemnya. Terutama filem seramnya.

Untuk lebih memahami isu ini mari kita lihat beberapa mesej yang cuba disampaikan dalam filem ini. Samada kita sedar atau tidak.a. Menghalalkan tinggal serumah lelaki dan perempuan bukan mahram

Di dalam filem ini abang kepada kekasih “Zizan” tinggal berkesedudukan serumah dengan kekasihnya sehingga wanita itu hamil.

hantu bonceng the movieDi dalam filem ini tiada satu mesej yang menyatakan bahawa perkara ini salah. Malah wanita ini pada akhir cerita ini sanggup menunggu kekasihnya yang cedera parah selepas kemalangan seolah-olah perkara ini tidak salah.

Malah di dalam filem ini juga “Zizan” telah membantu adik kepada mangsa kemalangannya (yang menjadi hantu) tinggal serumah dengannya. Babak-babak ini seolah-olah memberitahu kita bahawa tidak mengapa tinggal serumah kerana terdapat bilik yang berasingan. Malahan mereka tinggal bertiga.

Mesej yang disampaikan seolah-olah tidak mengapa untuk tinggal serumah dengan mahram kerana niat kita untuk membantunya. Yang peliknya ketika ketika kekasih “Zizan” minta tolong daripada “Zizan” untuk menumpang dirumahnya kerana tidak lagi tinggal serumah dengan abangnya.

Boleh pula pengarah mengarahkan “Zizan” untuk menyebut dialog bahawa tinggal serumah itu haram. Nanti timbul fitnah. Tidakkah ini mempersendakan agama?

b. Saya kuat agama

Babak kekasih Kunyit yang menyatakan bahawa dia kuat agama. Ketika itu wataknya memakai tudung. Malah ada ketikanya dia begitu memarahi watak kekasih kepada abang kekasih “Zizan” kerana telah hamil seolah-oleh mencipta watak bahawa kuat agama yang penting adalah dalaman.

Tidak mengapa walaupun tidak menutup aurat dengan sempurna. Keadaan ini juga berlaku didalam filem gagal “Karipap-karipap cinta” Yang cuba menggambarkan walaupun bekas penuntul Al-Azhar, tetapi tidak mengapa untuk tidak menutup tudung/aurat dengan sempurna.

Saya tidak berniat untuk mengkritik mereka yang tidak bersedia untuk bertudung. Memang kita tidak tahu hati budi seseorang. Namun demikian sekurang-kurang mereka yang memakai tudung dengan sempuran telah mematuhi perintah Allah SWT yang memerintahkan kita menutup aurat dengan sempurna.

Dialog yang menyebut kuat agama tetapi tidak memenuhi syraiat yang telah diperintahkan jelas menyampaikan mesej yang mengelirukan umat Islam. Tidakkah ini mempersendakan agama?

c. Bergurau-senda terlampau di tempat ibadah antara mahram

Pada babak yang lain watak “Kunyit” yang sedang membantu bergotong royong di surau dilihat sedang bergurau dengan kekasihnya secara melampau. Tanpa mengira sesentiviti surau sebagai temapt ibadah umat Islam.

hantu bonceng the movieMereka mengenyit mata sambil kunyit mempamerkan otot-otot tangannya kepada kekasihnya.Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh adegan ini? Mungkin ada yang berpendapat kita tak perlu terlalu sensitif dengan perkara yang dianggap mungkin kecil ini. Tetapi sekira kita tidak mula sensitif dengan perkara yang dianggap kecil ini. Kelak perakara ini akan merebak dan parah. Tidakkah ini mempersendakan agama?

d. Mengucapkan kalimah syukur selepas membonceng bersama kekasih bukan mahram

Penonton yang telah menyaksikan filem ini pasti tidak akan terlepas menonton adegan ini. Dalam adegan ini jelas memperlihatkan “Zizan” mengucapkan ucapan “Alhamdulillah” yang bermaksud “Segala Puji Bagi Allah”.

Dialog di dalam adegan ini jelas diucap “Zizan” dengan sekuntum senyuman. Apakah penulis dialog dan pengarah filem serta penerbitnya tidak memahami maksud ayat ini?

Ucapan yang kita pelajari sejak kecil yang tidak memerlukan kita mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang agama ini pasti mudah kita fahami malah penonton yang mahu mengkritik adegan ini juga tidak perlu mengisytiharkan bahawa mereka mempunyai kelulusan yang tinggi. Kanak-kana pra-sekolah juga dapat memahami maksud “Alhamdulillah” ini dengan baik.

Adakah kita perlu mengucap syukur setelah membuat perkara haram?. Agama memang mudah. Namun jangan kita permudahkan agama dengan sesuka hati mengikut kehendak nafsu kita. Tidakkah mengucapkan ucapan ini merendahkan agama. Tidakkah ini mempersendakan agama?

e. Menggunakan Bacaan Surah Al-Ikhlas untuk menumpaskan sihir nasi kangkang

Inilah kesalahan yang kerapkali digunakan oleh penerbit dan pengarah ini. Malah kebanyakan pembikin filem kerap menggunakan perkara ini untuk filem seram mereka.

NONENamun yang lebih menyedihkan pada kali ini ialah apabila surah yang mulia ini digunakan untuk menewaskan sihir nasi kangkang. Tidakkah adegan ini menghina dengan jelas agama,al-Quran dan surah al-Ikhlas itu sendiri.

Adakah layak adegan sehina ini disama tarafkan dengan surah al-ikhlas yang kedudukan ayat ini ialah sama dengan satu pertiga isi al-Quran. Takutlah kita dengan perbuatan yang melampau dan zalim seperti ini. Kita tidak mahu seringkali ayatsuci al-Quran digambarkan sebagai alat penghalau hantu sahaja.

Penggunaan secara meluas aspek agama sebagai komedi wajar dibendung

Saya sebagai penulis ingin memohon kemaafan andai banyak ayat di dalam tulisan ini kasar bunyinya. Namun kita tidak wajar melihat agama terus dilonggarkan lagi.

NONEFilem bercorak agama dan nasihat wajar tidak menjadikan agama sebagai bahan komedi. Jika mahu menjadikan filem agama menjadi komedi sekali pun. Biarlah senario kehidupan biasa dijadikan adegan lawak. Bukan kalimah agama,para ustaz dan ulamak, bukan pada ibdah, bukan syariat dijadikan bahan komedi. Kita tidak mahu filem komedi agama negara menjadi seperti filem komedi negara barat yang terus menjadikan para paderi mereka atau orang agama mereka sebagai bahan lawak.

Malah dalam salah satu cerita barat “Tuhan” juga dijadikan bahan lawak. Secara sedar atau tidak sedar ini semua adalah usaha secara halus untuk kita semua tidak menjadikkan agama sebagai jalan kehidupan.

Ini semua adalah jarum halus untuk mengakarkan faham sekularisme dalam minda kita semua. Memisahkan agama daripada kehiudpan kita tanpa sedar. Meskipun pengarah itu membuat jaminan bahawa para ulamak juga telah menonton filem ini sebelum diluluskan. Namun ini bukanlah jaminan bahawa filem ini bebas daripada unsur persendakan agama.

Dua kesan besar yang akan didapati apabila filem dan drama ditafsir sesuka hati oleh para pembikin filem.

1. Salah faham mengenai ajaran Islam sebenar terutamanya dari segi aspek Tauhid, Fekah dan Tasauf. Ketiga-tiga ciri ini adalah asas yang paling asas dalam ajaran Islam. Apabila Iblis dimenangkan, pergaualan bebas dibenarkan.

Tarbiyah seperti zikir dianggap sebagai simbol ajaran sesat. Maka akan rosaklah ajaran Islam yang sebenar. Ini memandangkan kuasa media yang sangat besar.

azlan2. Lebih membawa kerosakan. Hujah ini berdasarkan bahawa kebanyakkan filem atau drama ini cuba memaparkan betapa bahaya dan betapa dasyatnya apabila manusia membuat dosa. Malangnya filem dan drama inilah yang menunjukkan cara-cara untuk melakukkan dosa.

Terdapat juga adegan yang sebenarnya membahaya bahaya besar kepada negara secara khususnya. Seperti yang dinyatakan diatas bahawa terdapat filem dan drama yang mengajar penonton bagaiaman mahu membuat jenayah terancang seperti pencolekan, pembunuhan, rogol, penipuan malah cara untuk membuat bom.

Kesan ini sangat besar samada kesan jangka pendek ataupun kesan jangka panjang. Kesan salah tafsir ini sangat penting untuk dibendung.

Kesan besar media

Menurut Dennis Mcquail (1996:53) seorang tokoh didalam dunia media massa pernah menyatakan bahawa antara peranan media ialah.

1. Berperanan meluaskan pengalaman dan pandangan kita dan memungkinkan kita memahami apa yang terjadi di sekitar kita, tanpa campur tangan pihak lain atau sikap memihak.

2. Pentafsir yang menjelaskan dan memberi makna terhdap peristiwa atau hal lain yang terpisah dan kurang jelas.

3. Pemberi dan pengantar informasi dan pendapat.

4. Jaringan interaktif yang menghubungkan komunikator dengan penonton melalui berbagai kaedah interaksi.

5. Penunjuk arah yang menunjukkan arah, memberikan bimbingan atau arahan kepada penonton.

6. Penyaring yang memilih bahagian mana senario yang yang perlu diberikan perhatian khusus dan menyisihkan senario yang lainnya, baik secara sedar dan penyisihan dan pengambaran sistematik maupun tidak.

7. Cermin yang memantulkan citra masyarakat terhadap masyarakat itu sendiri, biasanya pantulan citra itu mengalami perubahan kerana adanya penonjolan terhadap segi yang ingin dilihat oleh para anggota masyarakat, atau sering pula segi yang ingin mereka hakimi atau kritik.

8. Tirai atau penutup yang menutupi kebenaran demi pencapaian tujuan propaganda atau pelarian daripada suatu kenyataan.

Membina Karya Hasanah

Ainon Mohd dalam buku beliau iaitu “Panduan Menulis Novel :Teknik Surah Yusuf” menggariskan bahawa terdapat beberapa garis besar yang perlu dijadikan panduan untuk membina karya Hasanah.

Karya Hasanah adalah dimaksudkan karya yang baik. Iaitu karya yang mampu memandaikan masyarakat dan memberi ilmu yang benar. Beliau menyatakan bahawa ciri-ciri karya tidak hasanah adalah seperti berikut.

1. Mempromosikan Idea yang mengatakan Tuhan tidak wujud.

2. Mempromosikan idea-idea yang tidak selaras dengan ajaran di dalam al-Quran dan hadis.

3. Menimbulkan kesan psokologi dan emosi yang menyebabkan timbul keinginan pembaca/penonton mahu melakukkan perkara yang dilaran al-Quran dan hadis.

4. Memberi kemenangan moral kepada si pendosa, yakni watak yang melakukan perbuatan salah.

5. Memberi status rendah kepada Islam manakala agama lain diberikan status yang tinggi dan mulia.

“Piawaian Filem Patuh Syariah”

Sudah sampai masanya filem negara perlu patuhi “Piawaian Filem Patuh Syariah”.

Oleh itu adalah wajar industri hiburan bertemakan Islam diadakan badan pengawas seperti JAKIM mengawal produk halal negara. Badan penilai ini bolehlah mempunyai ciri yang sama dengan FINAS yang melakukan penapisan filem yang sesuai ditayangkan di negara kita.

Filem atau drama yang ingin di tayangkan dalam kosnesp karya Islamik perlulah melepasi piawaian patuh syariah atau “syariah compliant”.

Saranan ini sangat penting memandangkan kesan media sangat besar terutamanya kepada generasi muda Negara. Kita tidak mahu fahaman mengenai syariah sebenar kacau bilau.

Konsep Sastera Patuh Syariah adalah konsep yang di ketengahkan oleh Ainon Mohd. Beliau banyak mengetengahkan teori Surah Yusuf sebagai panduan untuk menghasilkan sastera Islamik yang patuh syariah.

Seperti senario diatas , banyak keadaan senario drama dan filem bertemakan Islamik adalah tidak patuh syariah. Oleh yang demikian panel pengawasan untuk filem dan drama Malaysia perlu segera diwujudkan untuk memastikan kemurniaan dan kesucian Islam.

Sekarang adalah masa yang terbaik memandang banyak usaha pengeluar filem dan drama sedang menghasilkan filem dan drama bertemakan Islam dan seram tahyul.

(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya).

Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.
Al-A’raf : 51

 

Penulis adalah fellow penyelidik di Assembly of Intellectual Muslim (HAKIM) dan mantan Timbalan Presiden Kebangsaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Oleh Mkini 

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Ilmu Islam, PAS, Pendapat, Pendedahan, Pengguna Islam