Category Archives: Dari Admin.

Apa Status Marina Bay, Pengkalan Weld Pulau Pinang?

Kenyataan Media.

5 / Jun / 2012 Bersamaan 15 / Syaaban / 1433 Hijrah.

Desak Kerajaan Persekutuan (UMNO/BN) dan Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

Datuk Seri Chua Soi Lek memperjelas status Marina Bay, Pengkalan Weld Pulau Pinang.

1) Oleh yang demikian Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang mendesak Kerajaan Persekutuan UMNO/BN dan Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang merangkap Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek memperjelaskan status Marina Bay, Pengkalan Weld, Pulau Pinang samada akan ditutup seperti dikhabarkan oleh banyak pihak.

2) Dari maklumat yang diperolehi oleh Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang bahawa Marina Bay hendak ditutup disebabkan kos-kos menyenggaraan yang terlalu tinggi dimana terpaksa ditanggung oleh Pihak Pengurusan Marina Bay.

3) Justeru ini, desas-desus ini amat sangat membimbangkan oleh kalangan pekerja Marina Bay khususnya pekerja secara kontrak, yang risau akan hilang hasil pendapatan untuk menyara keluarga mereka.

4) Oleh itu, Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang mendesak Kerajaan Persekutuan UMNO/BN dan Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Datuk Seri Chua Soi Lek member jawapan yang secepat mungkin.

 

Yang Menjalankan Tugas.

(Sdr Dzulfahmi Bin Bakar).

Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar

Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Berita, Dari Admin., Pendedahan

Kenyataan Media LPAS Mengenai Premis Hiburan

Kenyataan Media.

15/Jun/2012  bersamaan  25/Rejab/1433

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda Pas P.P (LPAS, DPPN PP) menyokong segala usaha-usaha dan cadangan daripada Ahli Majlis MPPP dan mendesak Polis Pulau Pinang membenteras aktiviti-aktiviti premis-premis haram hiburan mahupun cyber café berjudi ‘ala casino’ di Pulau Pinang.

1)Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang (LPAS DPPN PP) menyokong sepenuh cadangan oleh Ahli Majlis MPPP Saudara Iszuree Bin Ibrahim mengenai kenyataan beliau menyoal kepada polis mengenai isu-isu Premis-Premis hiburan dan cyber cafe berjudi ‘ala casino’ yang beroperasi secara haram iaitu tanpa lessen atau permit kebenaran yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu MPPP.

2)Sehubungan dengan ini, Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang menyoal kredibiliti Polis Pulau Pinang dalam kesungguhan mereka untuk menangani isu serius seperti ini. Kerana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu MPPP hanya boleh mengikut kuasa dibawah undang-undang berniaga tanpa lesen kompaun sebanyak RM 250.00, jika gagal dibayar, perkara ini akan di bawa ke Mahkamah dan denda max RM 2000.00

3)Kerana hasil tinjauan dan kajian yang dilakukan oleh Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS ) DPPN Pulau Pinang mendapati bahawa ada sesetengah Premis-Premis hiburan dan Cyber Cafe berjudi menjalankan operasi secara haram tanpa mendapat permit atau kebenaran daripada pihak PBT iaitu MPPP. Ada juga juga Premis-Premis seperti ini diambil tindakan oleh Polis tetapi malangnya Premis ini didapati beroperasi semula selepas beberapa minggu selepas diambil tindakan undang-undang. LPAS DPPN P.P disedia maklum oleh Ahli Majlis MPPP, Saudara Iszuree bahawa bidang kuasa MPPP agak terhad dan tindakan mengambil undang-undang bukan dibawah MPPP. Malahan bidang kuasa MPPP juga agak terhad dan mempunyai batasan.

4) LPAS DPPN P.P memandang serius perkara ini dan mendesak Polis Pulau Pinang mencari satu mekanisme menjalankan aktiviti-aktiviti membenteras secara lebih tegas terhad Premis-Premis hiburan dan cyber cafe berjudi yang beroperasi secara haram kerana ianya boleh menjejaskan nama baik Kerajaan Negeri Pulau Pinang seiring dengan slogan yang selalu diucapkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng ‘Ammal Makruf Nahi Munkar’.

5)Justeru ini, LPAS DPPN P.P akan memanjangkan lagi perkara ini jikalau Pihak Polis masih tidak bertindak mengikut undang-undang yang termaktud dengan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

6)LPAS DPPN P.P juga akan menyeru seluruh JawatanKuasa Qariah Masjid di seluruh Pulau Pinang untuk adakan bantahan dalam masa terdekat.

‘Ammal Makruf Nahi Munkar’

Sekian Terima Kasih.

Yang Menjalankan Tugas.

Sdr Dzulfahmi Bin Bakar

Timb Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang.

Leave a comment

Filed under Berita, Dari Admin., Pendapat, Pendedahan

Untuk Semua Pekerja Islam

Video bersempena sambutan Hari Pekerja 2012. Disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

Video dari http://www.youtube.com/user/DPPNPP

Leave a comment

Filed under Berita, Dari Admin., Ilmu Islam, Pengguna Islam, Video Pilihan

Kolokium Bersihkan Malaysia 2012 pada 22 April 2012

Pada : 22/4/2012 (ahad)
Jam : 8pg – 1 tengahari.
Lokasi : Balai Rakyat JKKK, Patani Road (berhampiran Masjid Kg Rawa).
Anjuran : Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi, Lajnah Pengguna & Alam Sekitar DPPN P.P dengan kerjasama DPPK Jelutong dan DPPK Bayan Baru.
Yuaran Pendaftran : RM 5.00

8.00 pagi – 9.30 pagi : Pendaftaran peserta – peserta.

9.00 pagi – 9.30 pagi : Ucapan Pembukaan dan aluan daripada Pengarah OLC (Sdr Norazaman Bin Ishak) TKP DPPN P.P

9.30 pagi – 10.30 pagi : ‘Bagaimana berinteraksi dengan media baru 2.0 (bagaimana untuk maksimumkan kepenggunaan media baru) oleh
Sdr Dzulfahmi Bin Bakar (Pengerusi Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi DPPN P.P).

10.30 pagi – 11.00 pagi : Jamuan dan Rehat.

11.00 pagi – 1.00 tgh : 1) Cyber war PRU ke-13.
2) Politik.
Oleh YB Ustaz Firadaus Jaafar (MP Jerai, EXCO DPP Malaysia).
3) Q/A terbuka pada peserta.

‘Memimpin Kebangkitan Anak Muda’

Sekian Terima Kasih.

Yang Menjalankan Tugas.

(Firdaus Bin Ali)
Pengerusi LPAS DPPN P.P

Leave a comment

Filed under Berita, Dari Admin., PAS, Pendedahan

Projek Jejantas Bukit Mertajam: Tender Terbuka atau Rundingan Langsung Kroni Umno?

Kenyataan Media
12 April 2012 Bersamaan Dengan 21 Jamadilawal 1433H
Pemuda PAS Pulau Pinang desak Musa, Umno beri penjelasan mengenai proses perolehan projek jejantas Bukit Mertajam bernilai RM108 juta sama ada secara tender terbuka atau rundingan langsung kroni Umno?

Datuk Musa Sheikh Fadzir wajar menjelaskan mengenai status Projek jejantas Bukit Mertajam bernilai RM108 juta yang didakwa tidak melalui tender terbuka.
Kerajaan pusat yang diteraju oleh Umno Barisan Nasional didakwa memberi projek mega itu kepada Gold Bridge Engineering and Construction secara rundingan langsung kerana beberapa ahli lembaga pengarah syarikat korporat itu didedah kepunyaan keluarga Musa sendiri.
Sebagai orang politik atau orang korporat, mustahil Musa tidak tahu mengenai projek-projek mega yang turun di negeri Pulau Pinang memandangkan beliau adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Bahagian Umno Bukit Mertajam.
Projek ini di Bahagiannya, Bukit Mertajam. Syarikat pemaju milik adik beradiknya dipercayai khalayak mendapat projek ini tanpa kita semua dengar proses iklan tender terbuka dilakukan sama ada oleh kementerian berwajib atau JKR di negeri ini sendiri.
Kalau tender projek ini secara tertutup, ertinya tender ini lebih dekat dengan unsur-unsur kronisme, mungkin ada unsur penyelewangan dan mungkin ada unsur rasuah kerana proses tender ini dilakukan secara rundingan langsung.
Jangan pula Musa berdalih untuk tidak menjelaskan status projek ini kerana dia bersama-sama pemimpin Umno Pulau Pinang sebelum ini begitu ghairah menuduh perlaksanaan tender secara terbuka dalam penjualan tanah Bayan Mutiara oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Ivory Properties Group Berhad tidak dilakukan secara telus.
Penjualan tanah Bayan Mutiara sekurang-kurangnya dilakukan secara tender terbuka. Projek Jejantas Bukit Mertajam, bagaimana?
Justeru, Pemuda PAS PAS Pulau Pinang menuntut Musa memberi penjelasan, projek jejantas Bukit Mertajam tender terbuka atau rundingan langsung.
FIRDAUS ALI

Pengerusi Lajnah Pengguna & Alam Sekitar (LPAS)

Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang (DPPNPP)

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Dari Admin., PAS, Pendedahan

Negara Berkebajikan: Tawaran PAS

Leave a comment

Filed under Alam Sekitar, Artikel Pilihan, Berita, Dari Admin., Kesihatan, PAS, Pendedahan, Pendidikan, Pengguna Islam

Cukup Ke Gaji RM1500 di Malaysia?

Leave a comment

Filed under Berita, Dari Admin., PAS, Pendapat, Pendedahan, Pendidikan