Belanjawan 2013 : Edisi PR vs Edisi Najib

Video dari myKelantanTV

Leave a comment

Filed under Berita, Pendapat, Pendedahan, Pendidikan, Pengguna Islam, Video Pilihan

AES = Saman 1Malaysia Yang Mengelirukan

Dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/

Mahfuz cadang saman AES ditukar kepada ST1M

Abdul Aziz Mustafa, 05 Okt 2012

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya saman kenderaan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dinamakan Saman Rakyat 1Malaysia (ST1M).

Beliau juga meminta rakyat supaya memahami bahawa AES hakikatnya direka untuk memberi manfaat kepada MCA yang menjadi kroni Umno di dalam Barisan Nasional (BN).

“AES direka khusus untuk berdasarkan konsep ‘kongsitium’ yang diamalkan di dalam BN- lu tolong gua, gua tolong lu.

“Itu perkara asas yang mesti difahami oleh semua rakyat,” katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, isunya bukan saja ketelusan sistem tender AES, tetapi yang pertama sekali yang mesti dipersoalkan adalah model perniagaannya.

“Mengapa sistem penguatkuasaan kerajaan boleh diswastakan?

“Dalam kata lain, bagaimana saman pun boleh diswastakan?” Mahfuz memnpersoalkan.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku di sebalik AES yang direka khusus berdasarkan konsep ‘lu tolong gua, gua tolong lu’ BN itu sebagai perkara baru .

“Saya diberitahu bahawa ini perkara baru dalam ilmu pentadbiran dunia yang tidak diajar dalam mana-mana universiti terulung dunia,” katanya.

Menurut Mahfuz, ilmu ini hanya terdapat dalam kurikulum subjek kronisme dalam universiti Umno BN di mana MCA ternyata semakin menjadi tukang kutip untung di dalam BN.

“Tahniah Umno,” sindir beliau.

Memandangkan AES dibuat bertujuan utk memeras rakyat, sebab itulah Mahfuz mencadangkan agar nama sistem itu digantikan dengan ST1M.

Baginya, cara terbaik untuk menghentikan penindasan ST1M ialah membuang Umno BN dari tampuk pemerintahan.

“Ini kerana merekalah yang merosakkan negara dengan rasuah dan tamak haloba mereka hingga ST1M pun boleh ada,” katanya.

Syarikat berkaitan MCA sebelum ini dilaporkan telah mendapat kontrak saman pengangkutan AES.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Menurut portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula, 831 tempat yang disebut sebagai kawasan blackspot telah disenaraikan sebagai lokasi pemasangan kamera AES di seluruh negara.

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, PAS, Pendapat, Pendedahan, Video Pilihan

Malaysia Perlukan Perubahan!

Video dari mediarakyat

Leave a comment

Filed under Berita, Pendapat, Pendedahan, Pendidikan, Pengguna Islam, Video Pilihan

Apa Status Marina Bay, Pengkalan Weld Pulau Pinang?

Kenyataan Media.

5 / Jun / 2012 Bersamaan 15 / Syaaban / 1433 Hijrah.

Desak Kerajaan Persekutuan (UMNO/BN) dan Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

Datuk Seri Chua Soi Lek memperjelas status Marina Bay, Pengkalan Weld Pulau Pinang.

1) Oleh yang demikian Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang mendesak Kerajaan Persekutuan UMNO/BN dan Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang merangkap Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek memperjelaskan status Marina Bay, Pengkalan Weld, Pulau Pinang samada akan ditutup seperti dikhabarkan oleh banyak pihak.

2) Dari maklumat yang diperolehi oleh Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang bahawa Marina Bay hendak ditutup disebabkan kos-kos menyenggaraan yang terlalu tinggi dimana terpaksa ditanggung oleh Pihak Pengurusan Marina Bay.

3) Justeru ini, desas-desus ini amat sangat membimbangkan oleh kalangan pekerja Marina Bay khususnya pekerja secara kontrak, yang risau akan hilang hasil pendapatan untuk menyara keluarga mereka.

4) Oleh itu, Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang mendesak Kerajaan Persekutuan UMNO/BN dan Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Datuk Seri Chua Soi Lek member jawapan yang secepat mungkin.

 

Yang Menjalankan Tugas.

(Sdr Dzulfahmi Bin Bakar).

Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar

Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang.

Leave a comment

Filed under Berita, Dari Admin., Pendedahan

Kenyataan Media LPAS Mengenai Premis Hiburan

Kenyataan Media.

15/Jun/2012  bersamaan  25/Rejab/1433

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda Pas P.P (LPAS, DPPN PP) menyokong segala usaha-usaha dan cadangan daripada Ahli Majlis MPPP dan mendesak Polis Pulau Pinang membenteras aktiviti-aktiviti premis-premis haram hiburan mahupun cyber café berjudi ‘ala casino’ di Pulau Pinang.

1)Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang (LPAS DPPN PP) menyokong sepenuh cadangan oleh Ahli Majlis MPPP Saudara Iszuree Bin Ibrahim mengenai kenyataan beliau menyoal kepada polis mengenai isu-isu Premis-Premis hiburan dan cyber cafe berjudi ‘ala casino’ yang beroperasi secara haram iaitu tanpa lessen atau permit kebenaran yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu MPPP.

2)Sehubungan dengan ini, Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang menyoal kredibiliti Polis Pulau Pinang dalam kesungguhan mereka untuk menangani isu serius seperti ini. Kerana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu MPPP hanya boleh mengikut kuasa dibawah undang-undang berniaga tanpa lesen kompaun sebanyak RM 250.00, jika gagal dibayar, perkara ini akan di bawa ke Mahkamah dan denda max RM 2000.00

3)Kerana hasil tinjauan dan kajian yang dilakukan oleh Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS ) DPPN Pulau Pinang mendapati bahawa ada sesetengah Premis-Premis hiburan dan Cyber Cafe berjudi menjalankan operasi secara haram tanpa mendapat permit atau kebenaran daripada pihak PBT iaitu MPPP. Ada juga juga Premis-Premis seperti ini diambil tindakan oleh Polis tetapi malangnya Premis ini didapati beroperasi semula selepas beberapa minggu selepas diambil tindakan undang-undang. LPAS DPPN P.P disedia maklum oleh Ahli Majlis MPPP, Saudara Iszuree bahawa bidang kuasa MPPP agak terhad dan tindakan mengambil undang-undang bukan dibawah MPPP. Malahan bidang kuasa MPPP juga agak terhad dan mempunyai batasan.

4) LPAS DPPN P.P memandang serius perkara ini dan mendesak Polis Pulau Pinang mencari satu mekanisme menjalankan aktiviti-aktiviti membenteras secara lebih tegas terhad Premis-Premis hiburan dan cyber cafe berjudi yang beroperasi secara haram kerana ianya boleh menjejaskan nama baik Kerajaan Negeri Pulau Pinang seiring dengan slogan yang selalu diucapkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng ‘Ammal Makruf Nahi Munkar’.

5)Justeru ini, LPAS DPPN P.P akan memanjangkan lagi perkara ini jikalau Pihak Polis masih tidak bertindak mengikut undang-undang yang termaktud dengan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

6)LPAS DPPN P.P juga akan menyeru seluruh JawatanKuasa Qariah Masjid di seluruh Pulau Pinang untuk adakan bantahan dalam masa terdekat.

‘Ammal Makruf Nahi Munkar’

Sekian Terima Kasih.

Yang Menjalankan Tugas.

Sdr Dzulfahmi Bin Bakar

Timb Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang.

Leave a comment

Filed under Berita, Dari Admin., Pendapat, Pendedahan

Malaysia Needs Change!

Video from www.youtube.com/user/mediarakyat

Leave a comment

Filed under Berita, Pendapat, Pendedahan, Video Pilihan

Untuk Semua Pekerja Islam

Video bersempena sambutan Hari Pekerja 2012. Disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

Video dari http://www.youtube.com/user/DPPNPP

Leave a comment

Filed under Berita, Dari Admin., Ilmu Islam, Pengguna Islam, Video Pilihan

Kolokium Bersihkan Malaysia 2012 pada 22 April 2012

Pada : 22/4/2012 (ahad)
Jam : 8pg – 1 tengahari.
Lokasi : Balai Rakyat JKKK, Patani Road (berhampiran Masjid Kg Rawa).
Anjuran : Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi, Lajnah Pengguna & Alam Sekitar DPPN P.P dengan kerjasama DPPK Jelutong dan DPPK Bayan Baru.
Yuaran Pendaftran : RM 5.00

8.00 pagi – 9.30 pagi : Pendaftaran peserta – peserta.

9.00 pagi – 9.30 pagi : Ucapan Pembukaan dan aluan daripada Pengarah OLC (Sdr Norazaman Bin Ishak) TKP DPPN P.P

9.30 pagi – 10.30 pagi : ‘Bagaimana berinteraksi dengan media baru 2.0 (bagaimana untuk maksimumkan kepenggunaan media baru) oleh
Sdr Dzulfahmi Bin Bakar (Pengerusi Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi DPPN P.P).

10.30 pagi – 11.00 pagi : Jamuan dan Rehat.

11.00 pagi – 1.00 tgh : 1) Cyber war PRU ke-13.
2) Politik.
Oleh YB Ustaz Firadaus Jaafar (MP Jerai, EXCO DPP Malaysia).
3) Q/A terbuka pada peserta.

‘Memimpin Kebangkitan Anak Muda’

Sekian Terima Kasih.

Yang Menjalankan Tugas.

(Firdaus Bin Ali)
Pengerusi LPAS DPPN P.P

Leave a comment

Filed under Berita, Dari Admin., PAS, Pendedahan

Projek Jejantas Bukit Mertajam: Tender Terbuka atau Rundingan Langsung Kroni Umno?

Kenyataan Media
12 April 2012 Bersamaan Dengan 21 Jamadilawal 1433H
Pemuda PAS Pulau Pinang desak Musa, Umno beri penjelasan mengenai proses perolehan projek jejantas Bukit Mertajam bernilai RM108 juta sama ada secara tender terbuka atau rundingan langsung kroni Umno?

Datuk Musa Sheikh Fadzir wajar menjelaskan mengenai status Projek jejantas Bukit Mertajam bernilai RM108 juta yang didakwa tidak melalui tender terbuka.
Kerajaan pusat yang diteraju oleh Umno Barisan Nasional didakwa memberi projek mega itu kepada Gold Bridge Engineering and Construction secara rundingan langsung kerana beberapa ahli lembaga pengarah syarikat korporat itu didedah kepunyaan keluarga Musa sendiri.
Sebagai orang politik atau orang korporat, mustahil Musa tidak tahu mengenai projek-projek mega yang turun di negeri Pulau Pinang memandangkan beliau adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Bahagian Umno Bukit Mertajam.
Projek ini di Bahagiannya, Bukit Mertajam. Syarikat pemaju milik adik beradiknya dipercayai khalayak mendapat projek ini tanpa kita semua dengar proses iklan tender terbuka dilakukan sama ada oleh kementerian berwajib atau JKR di negeri ini sendiri.
Kalau tender projek ini secara tertutup, ertinya tender ini lebih dekat dengan unsur-unsur kronisme, mungkin ada unsur penyelewangan dan mungkin ada unsur rasuah kerana proses tender ini dilakukan secara rundingan langsung.
Jangan pula Musa berdalih untuk tidak menjelaskan status projek ini kerana dia bersama-sama pemimpin Umno Pulau Pinang sebelum ini begitu ghairah menuduh perlaksanaan tender secara terbuka dalam penjualan tanah Bayan Mutiara oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Ivory Properties Group Berhad tidak dilakukan secara telus.
Penjualan tanah Bayan Mutiara sekurang-kurangnya dilakukan secara tender terbuka. Projek Jejantas Bukit Mertajam, bagaimana?
Justeru, Pemuda PAS PAS Pulau Pinang menuntut Musa memberi penjelasan, projek jejantas Bukit Mertajam tender terbuka atau rundingan langsung.
FIRDAUS ALI

Pengerusi Lajnah Pengguna & Alam Sekitar (LPAS)

Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang (DPPNPP)

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Dari Admin., PAS, Pendedahan

Najib Perlu Jelaskan 44 Isu

Dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/

Mohd Azmi Abdul Hamid, 11 Apr 2012

TERAS mendapati sehingga hari ini negara terlalu sarat dengan persoalan prestasi uruskelola yang buruk dan penyelewengan kuasa yang nampaknya lebih banyak dirunguti oleh rakyat berbanding  bergembira mendengar pengumuman kejayaan kerajaan menunai janji yang dijaja diseluruh negara.

Adalah logik bila rakyat merasa gusar terhadap hala tuju negara bila pelbagai isu tercetus dikebelakangan ini walaupun pihak kerajaan beria-ia benar mendakwa bahawa rakyat tidak harus memileh pembangkang untuk mengambilalih pemerintahan kerana semua janji telah ditunaikan.

Soalnya menunaikan janji dan menguruskelola khazanah negara tidak boleh dipisahkan. Menghulurkan bantuan kebajikan kepada rakyat tetapi dalam masa yang sama menyamun dan membenarkan penyamun merompak hasil negara adalah tidak dapat diterima.

Memberi wang tunai kepada rakyat , tapi dalam masa yang sama berbelanja besar secara membazir dalam menyambut hari kelahiran seorang pemimpin , tidak dapat diterima.

Mengujudkan menu 1 Malaysia tetapi dalam masa yang samamembenarkan isteri pemimpin negara  berbelanja membeli belah secara mewah diluar negara ,  juga sangat tidak dapat diterima.

Apalagi jika pihak kerajaan bersungguh untuk mempertahankan kuasa, akan tetapi dengan menghalal semua cara , negara ini pasti akan berada diambang kehancuran.

TERAS berpendirian kerajaan harus menyibukkan diri menjelaskan pelbagai persoalan besar yang melibatkan isu intergriti dan ketelusan dalam menguruskan perbendaharaan dan perlaksanaan pelbagai polisi negara.

Tidak kesana kemari menerangkan kejayaan kerajaan mengotakan janji. Ini akan lebih bermakna dari hanya melakukan Jelajah Janji Ditunaikan.

Berikut hanya sebahagian dari sejumlah isu-isu yang lebih mewarnai senario negara yang digusari rakyat berbanding dengan terpukau dengan janji dikota oleh kerajaan :

1. Isu projek PKFZ ,

2. NFC ,

3. YTL Comms ,

4. Lynas ,

5. Penyenaraian FELDA ,

6. Kepincangan Pilihanraya dan pendaftaran pengundi oleh SPR ,

7. Isu Penjualan Tanah Rizab Melayu ,

8. Isu PTPTN ,

9. Isu melantik syarikat perunding Israel ,

10. Isu undang-undang baru menganti ISA dan AUKU,

11.  Isu pembunuhan Altantuya Saaribu dan pembeliaan kapal selam Scorpene,

12.  Kes skandal balak di Sabah dan Sarawak ,

13.  Isu royalti minyak Petronas ,

14.  Isu khidmat kesihatan 1 Care ,

15.  Isu MAS-A.Asia ,

16.  Isu kerugian MAS

17.  Isu penjualan aset Tabung Haji

18.  Isu penarikan subsidi tetapi wang subsidi tidak diguna dengan produktif untuk memperbaikki khidmat dan kemudahan awam,

19.  Isu meluluskan perbelanjaan tambahan yang terlalu kerap di parlimen

20.  Isu SPBA ,

21.  Isu dakwaan ke atas AG dan bekas KPN ,

22.  Isu kematian Teoh Beng Hock di pejabat SPRM

23.  Isu kematian  Ahmad Sarbani di pejabat SPRM

24.  Isu kematian dalam tahanan polis

25.  Isu siasatan dan tindakan ke atas kes rasuah ,

26.  Isu Rekomendasi Menambahbaik PDRM oleh Suruhanjaya diketepikan .

27.  Isu PPSMI yang belum selesai ,

28.  Isu kebebasan ahli akedamik bersuara,

29.  Isu pengawalan penyebaran agama laian kepada orang Islam dan tuntutan penguakutasaan undang-undang murtad,

30.  Isu penangkapan dan penyerahan individu oleh kerajaan Malaysia kepada AS atas dakwaan pengganas ,

31.  Isu Malaysia ikut arahan AS henti jualan minyak kelapa sawit kepada Iran dan pembelian minyak mentah dari Iran,

32.  Isu pelbagai kepincangan dalam perbelanjaan negara berdasar Laporan Audit negara ,

33.  Isu kerugian DBP akibat pengswastaan bahagian penerbitannya ,

34.  Isu kepincangan dalam sistem pengangkutan awam ,

35.  Isu perjanjian TNB dengan IPP yang membebankan rakyat

36.  Isu pengswastaan bekalan air ,

37.  Isu kualiti dan penyediaan  perumahan rakyat

38.  Isu pelbagai projek mega yang membazir dan menjadi gajah putih

39.  Isu pendapatan petani dan nelayan yang maseh rendah

40.  Isu gaji minima pekerja

41.  Isu kos uruskelola dan penyelengaraan pelbagai aset kerajaan yang terlalu tinggi

42.  Isu tahap hutang negara dan hutang domestik ,

43.  Isu jurang kaya miskin yang semakin melebar ,

44.  Isu pengistiharan harta kekayaan pemimpin-pemimpin kerajaan.

Isu akauntabiliti Petronas kepada PM bukan kepada Parlimen

TERAS berpendirian bahawa  menjelaskan dan mengambil langkah mengatasi isu-isu di atas adalah jauh lebih penting daripada menjelajah dari Perlis sampai ke Sabah untuk menerangkan janji kerajaan yang dikota hanya bertujuan untuk meraih undi.

Sebenarnya rakyat menyimpan rasa tidak puas hati kepada gelagat pemimpin-pemimpin kerajaan yang tidak mengendahkan isu-isu di atas . Mereka  menunggu saat untuk menterjemahkannya dalam peti undi.

Adalah sangat menghina minda rakyat untuk mengatakan hanya dengan kerajaan memberi RM500 tunai  (Rm 8.90 setahun setelah 55 tahun merdeka), itu sudah cukup memadai mengatakan rakyat tidak ada pilhan lain melainkan memileh kerajaan yang sedia ada.

Apa yang TERAS tuntutan adalah suatu anjakan besar dilakukan dalam pentadbiran negara yang mementingkan ketelusan dan model  pembangunan yang lebih secocok dengan keperluan negara dan rakyat. Bukan mengejar tahap pembangunan negara maju yang berkriteria negara-negara Barat yang ghairah untuk dicapai sedangkan  kini negara-negara barat itu sendiri telah menunjukkan kegagalan yang nyata.

Apa yang seharusnya ditumpukan ialah bagaimana negara ditadbir dengan disiplin yang sangat berhemat dan mapan , untuk kebajikan generasi masa depan yang lebih terjamin. Tidak seperti model pembangunan yang ada kini yang menghasilkan banyak projek mega yang membazir melalui perancangan yang tidak teliti dan mengekspolitasi sumber alam secara tidak mapan.

TERAS juga menuntut agar ruang rakyat berpartisipasi dengan cara yang lebih bermakna perlu dibuka. Bukan hanya dalam bentuk kosmetik , iaitu hanya mengundang rakyat untuk berdialog ,  padahal kerajaan mengguna seluruh jenteranya untuk meneruskan pentadbiran yang feudalistik , dan menidakkan hak rakyat untuk bersuara melalui media massa awam secara sihat dan membina.

TERAS merasa malang , politik Malaysia maseh sarat dengan percaturan politik berkualiti rendah dan kotor  , bila kerajaan mengeskploitasi seluruh jentera agensi kerajaan untuk kepentingan sebuah parti yang berkuasa dan menafikan ruang perbahasan yang matang dan produktif , memberi hak dan kesaksamaan kepada parti lain yang turut bertanding.

Penulis adalah Presiden Teras pengupayaan Melayu (TERAS)

Leave a comment

Filed under Alam Sekitar, Artikel Pilihan, Berita, Kesihatan, Pendapat, Pendedahan, Pendidikan, Video Pilihan