BN= Pakar Ekonomi Jangka Kadar Insflasi Meningkat, Harga Barangan Mengalami Kenaikan Sehingga 2015!

 

Dipetik dari  http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

“Kami menganggarkan kombinasi kenaikan harga ini akan menyebabkan kadar inflasi akan meningkat sebanyak 0.2% mata (petrol menyumbang +0.18% mata, gula +0.03% mata dan LPG +0.01% mata). Ketika harga naik bulan Julai, CPI meningkat 1.9% – 2.1% pada Julai-Ogos. Kami kekalkan anggaran inflasi 2010 pada 1.7%.” – CIMB Research

“Harga barangan dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan mulai 2011 hingga 2015 ekoran langkah pentadbiran Najib memutuskan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat dan merapatkan jurang defisit bajet…Usaha kerajaan untuk merasionalkan skim subsidi negara yang dikatakan terlalu besar akan menyebabkan pengaruh kenaikan dalam harga sepanjang tempoh ramalan (2011 hingga 2015),” – The Economist

“Apabila harga barang keperluan asas ini naik, ia bermakna gaji kaum pekerja menurun. Kuasa beli yang dimiliki melalui upah gaji pada hakikatnya semakin merosot. Dua puluh sen harga gula naik ertinya dua puluh sen pula duit gaji kita semua turun,” – MTUC

BERITA 1

Inflasi dijangka meningkat tahun 2011

KUALA LUMPUR: Langkah rasionalisasi subsidi baru-baru ini dijangka tidak akan mempengaruhi kadar inflasi tahun ini tapi langkah rasionalisasi seterusnya akan meningkatkan kadar inflasi pada tahun 2011.

Pemotongan subsidi memberi tekanan kepada indeks harga pengguna (CPI), demikian menurut CIMB Research dalam laporan yang diterbitkan Isnin lalu.

Sungguhpun impak secara langsung ke atas CPI masih boleh diuruskan, tapi kita harus perhatikan kesannya secara tidak langsung,” katanya.

Jumaat lalu, kerajaan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter manakala harga diesel juga dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM1.80 seliter. Harga gula meningkat 20 sen sekilo dan harga LPG meningkat lima sen kepada RM1.90 sekilo.


(Bagi sesetengah penyokong Umno tegar, mereka lebih gemar mempertahankan kenaikan harga barang oleh kerajaan mereka dari mendengar rintihan rakyat terbanyak…)

“Kami menganggarkan kombinasi kenaikan harga ini akan menyebabkan kadar inflasi akan meningkat sebanyak 0.2% mata (petrol menyumbang +0.18% mata, gula +0.03% mata dan LPG +0.01% mata).

“Ketika harga naik bulan Julai, CPI meningkat 1.9% – 2.1% pada Julai-Ogos. Kami kekalkan anggaran inflasi 2010 pada 1.7%.

Rasionalisasi subsidi yang berterusan akan meningkat kadar inflasi untuk 2011. “Oleh yang demikian, kami meningkatkan ramalan kenaikan CPI lebih tinggi kepada 3% dari 2.5% sebelumnya,” kata laporan itu.

Apabila dihubungi, ketua ekonomis CIMB Lee Heng Guie menegaskan bahawa kesan inflasi akan lebih dirasai tahun depan.

“Kerajaan dijangka akan mengkajinya setiap enam bulan ketika mana rasionalisasi subsidi diteruskan,” katanya, menambah, kadar inflasi akan berlegar di antara 2.5% dan 3% tahun depan. – theedegefinancialdaily

BERITA 2

Subsidi: Langkah Putrajaya bakal keringkan saku rakyat, ramal The Economist

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Harga barangan dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan mulai 2011 hingga 2015 ekoran langkah pentadbiran Najib memutuskan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat dan merapatkan jurang defisit bajet, demikian menurut laporan The Economist di sebalik spekulasi pilihan raya umum akan berlangsung awal tahun depan.

The Economist sendiri menolak cakap-cakap bahawa pilihan raya umum awal meskipun ia meramalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 ekoran kemerosotan sokongan orang Melayu muda dan moderat.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mac 2013.

“Usaha kerajaan untuk merasionalkan skim subsidi negara yang dikatakan terlalu besar akan menyebabkan pengaruh kenaikan dalam harga sepanjang tempoh ramalan (2011 hingga 2015),” kata laporan Intelligence Unit majalah itu mengenai Malaysia dalam edisi terbaru Disember.

Harga bahan api dan gula mengalami kenaikan mulai 4 Disember lalu — kali kedua selepas Julai lalu ekoran dasar pelarasan subsidi oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara berperingkat-peringkat mesipun sebelum ini seorang menteri Kabinet mengatakan bahawa tidak akan ada kenaikan harga sehingga hujung tahun ini.

Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram (kg) bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai lalu apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula.

Putrajaya berkata rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskalnya dengan cara meningkatkan jumlah kutipan hasil dan, pada waktu yang sama, mengurangkan perbelanjaan.

Program Transformasi Ekonomi (PTE) bertujuan meningkatkan per kapita pendapatan kepada AS$15,000 (RM46,500) menjelang 2020, kata Putrajaya.

Semalam, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa kenaikan harga bahan asas ini pasti akan membawa padah terutama kepada kaum pekerja yang berpendapatan rendah. “Apabila harga barang keperluan asas ini naik, ia bermakna gaji kaum pekerja menurun.

“Kuasa beli yang dimiliki melalui upah gaji pada hakikatnya semakin merosot. Dua puluh sen harga gula naik ertinya dua puluh sen pula duit gaji kita semua turun,” katanya.

MTUC juga berkata, harus disedari bahawa walaupun yang dinaikkan hanya harga hanya gula dan bahan bakar petroleum tetapi yakinlah barangan lain juga akan turut sama naik.

Laporan itu juga menjangkakan bahawa kerajaan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam beberapa tahun lalu dan meramalkan inflasi tahunan sebanyak 3.4 peratus antara 2011 hingga 2015.

“Risiko inflasi juga akan diakibatkan oleh GST, di mana kerajaan akan berusaha untuk memperkenalkan di bahagian awal tempoh itu,” kata laporan tersebut.

“Tetapi pengaruh-pengaruh bukan inflasi juga akan kuat,” kata laporan itu dengan merujuk kepada pemansuhan halangan-halangan perdagangan dan integrasi ekonomi serantau yang lebih kukuh.

Malah laporan itu juga meramalkan pertumbuhan lima peratus bagi Malaysia dari 2011 hingga 2015, yang seiring dengan jangkaan Bank Pembangunan Asia sebanyak lima peratus bagi tahun depan.

Bagaimanapun matlamat Najib mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 memerlukan pertumbuhan enam peratus.

Penganalisis-penganalisis mendakwa Model Baru Ekonomi, yang bahagian kedua diumumkan Jumaat lalu kurang memperlihatkan pendekatan-pendekatan khusus untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Laporan itu juga menambah, suku ketiga tahun ini menyaksikan pertumbuhan perlahan, yang dijangka akan berterusan pada suku keempat.

Ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan 5.3 peratus pada suku ketiga tahun ini selepas suku kedua yang lebih kukuh ekoran permintaan luaran yang lembab dan pengurangan perbelanajaan kerajaan.

Ekonomi bertumbuh 10.1 peratus pada suku pertama dan 8.9 peratus pada suku kedua.

Laporan itu meramalkan pertumbuhan 6.8 peratus bagi Malaysia tahun ini iaitu kadar enam hingga tujuh peratus yang dianggarkan oleh kerajaan.

Ia juga menekankan pelaburan dan penggunaan swasta akan menjadi penggerak utama pertumbuhan dalam lima tahun akan datang.

Malah laporan itu juga meramalkan ringgit akan mengalami peningkatan nilai hampir 10 peratus pada kadar purata tahun 2010.

“Perbezaan kadar faedah positif dengan Amerika Syarikat akan wujud di peringkat awal tempoh kajian (2011-2015), yang mana secara berterusan akan menyediakan sokongan kepada ringgit.

“Oleh itu, kami menjangkakan kadar pertukaran akan kekal sama, mencecah purata tahunan RM2.95:AS$1 pada 2015,” kata laporan itu.

Di samping itu laporan tersebut juga menekankan bahawa Bank Negara Malaysia dijangka membenarkan ringgit didagangkan di luar pesisir pada tempoh terkemudian sepanjang 2011 dan 2015, ekoran perkembangan susulan ke arah integrasi ekonomi serantau. – TMI
Barang Naik: Ayuh naikkan banner, kain rentang, billboard di kawasan masing-masing!

 

Oleh: Pria Malaya

Penulis setuju 110% dengan cadangan dan saranan Ketua Penerangan PAS, Ust Idris Ahmad supaya semua cawangan, bahagian PAS seluruh negara menaikkan banner, kain rentang, poster, billboard tentang isu ‘Barang Naik’..

Bahkan, usaha ini bukan shj patut dilakukan oleh PAS cawangan atau bahagian, tetapi juga organisasi bebas atau orang perseorangan yang sedar akan tanggungjawab menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada orang ramai..

Penulis petik kata2 blogger Tulang Besi sebagaimana di dalam blognya, katanya:

“Tulang Besi ingin mencadangkan supaya tindakan ini dilakukan oleh SEMUA rakyat Malaysia yang mampu. Tidak perlu tunggu cawangan PAS atau Keadilan atau DAP untuk melakukannya. Kita sendiri boleh mengeluarkan sedikit wang dan membuat banner memprotes kenaikan harga barang ini.

Kita wajib ingat, bahana naikknya harga barang ditanggung oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak hanya ahli dan penyokong PAS. Maka amat wajar sekiranya rakyat Malaysia sendiri mengambil inisiatif menaikkan banner, banting, poster etc sendiri tanpa menunggu cawangan2 PAS.”

Ingat, Pilihan Raya umum semakin hampir!..kemenangan besar Umno/BN dlm PRU akan datang membawa isyarat gelap bagi rakyat Malaysia!..buktinya, kemenangan selesa Umno/BN pada 2 PRK yang lalu (Batu Sapi dan Galas) dibalas dengan kenaikan berganda harga barangan dan perkhidmatan..

Justeru, tidak dapat tidak, cara yang paling berkesan ialah mengasak dan menekan kerajaan supaya tidak lagi memainkan undi rakyat..

Akhir kalam..ingat BN, ingat Barang Naik…wallahua’lam..

Kenaikan 4-dalam-1: PAS naikkan kain rentang

Sebagai kempen membantah kenaikkan 4-dalam-1 harga petrol, diesel, gas dan gula semua cawangan PAS di seluruh negara diminta menaikkan kain rentang di setiap kampung untuk membangkitkan kesedaran bahawa negara di dalam bahaya apabila diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata seluruh jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat terutama mereka yang tidak banyak menggunakan media baru.

“PAS mengharapkan rakyat dapat ‘sekolahkan’ pemimpin BN melalui kuasa politik. Pemimpin yang tidak memperdulikan rakyat ini hanya takut dengan azab dunia iaitu apabila kuasa mereka ditumbangkan oleh rakyat.

“Setelah mereka merasakan rakyat bertambah yakin melalui peti undi pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi maka mereka sudah lupa kepada rakyat dan tidak mahu mengambil tahu tentang derita rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


(Golongan anak muda dan mahasiswa juga digalakkan menyebarkan risalah, poster, handbill, dan yg berkaitannya tentang isu kenaikan harga minyak di lokasi masing2..ingat, anak muda pemangkin perubahan PRU akan datang!..)

Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen.

Paling memeranjatkan, kata Idris, hujah yang cuba memperbodohkan rakyat dengan ungkapan penyelarasan dan subsidi dikurangkan.

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Pendapat, Pendedahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s