RFC

DSC02607(edited)

8 Nov. 2009M

Bismillahirahmanirahim.

DSC02609(edited)

RFC yang merupakan salah satu keluaran HPA adalah restoran makan segera berasaskan ayam goreng yang memang boleh dibanggakan. Produk makanan & minuman yang terdapat di sini juga adalah dari rangkaian produk yang dikeluarkan oleh HPA. Disaat kita memboikot KFC sebagai salah satu tekanan kepada Amerika & Israel yang menindas saudara-saudara kita di Palestine dll., RFC muncul dengan ayam organiknya yang bersih, suci, & dikendalikan dengan menekankan prinsip-prinsip Islam yang sememangnya syumul.

DSC02616(edited)

Dari segi mutu, rasa, & harga, RFC memang hebat, & saya harap mereka akan menakluki pasaran restoran makanan segera seumpamanya di Malaysia, & lebih baik lagi, di luar negara juga. Saya yakin & percaya, insyaAllah, RFC mampu melakukannya.

DSC02611(edited)

DSC02610(edited)

Saya tertarik dengan layanan & pakaian pekerja-pekerja RFC yang baik & kemas menutup aurat. Pekerja muslimatnya berpakaian sopan menutup aurat yang beserta sarung lengan. Saya juga difahamkan HPA sangat menekankan amalan solat & sahsiah pekerja-pekerjanya dalam pelbagai rangkaian pengeluarannya & perniagaannya.

DSC02615(edited)Bestnya dia makan…

Walaupun begitu, kami tidak makan di situ, kerana saya kebetulannya puasa hari tu (tapi, sempat jugala Zamadi makan aiskrim depan aku huhu…

Petang itu kami pulang setelah menyelesaikan beberapa lagi urusan. Maghrib menyapa waktu kami di dalam kereta & masih lagi di highway. Berbuka dengan makanan idaman memang nikmat, alhamdulillah.

DSC02618(edited)

Indahnya Islam yang sebenar apabila menguasai perniagaan. Pastinya pemerintahan yang dikuasai Islam yang sebenar tentunya sangat indah & mengagumkan.

Jalan-jalan saya petang itu mencetuskan pelbagai idea & cetusan pemikiran, selain pastinya…perut yang kenyang =)

“Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?”

Leave a comment

Filed under Pengguna Islam, Produk & Kedai Muslim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s