Perjumpaan LPAS DPPM, LPAS DPPN PNG bersama CAP

14 Oct


Tarikh: 13 OKT 2011
Tempat : Pejabat CAP, Jln Masjid Negeri P.Pinang
Masa : 3 Petang

Kehadiran:
Presiden: Tuan Haji S.M Idris,
Ketua Biro Pendidikan : Cg Azmi TERAS,
Ketua Biro Undang-Undang :Tuan Kader Mydin.
LPAS DPPM : YB Ustaz Firdaus Bin Jaafar (MP Jerai).
LPAS DPPN PNG : Sdr Firdaus Bin Ali (Peng LPAS DPPN PNG), Sdr Dzulfahmi Bin Bakar (Timb Peng LPAS DPPN), Sdr osman Bin Awang (S/u LPAS DPPN PNG).

Nasihat dan pandangan yg diutarakan oleh TUAN PRESTuan Haji S.M Idris.
IDEN CAP,

1) CAP melihat semua isu-isu halal,haram pengguna, alam sekitar keseluruhan dan bukan dalam skop yang sempit. Terutama berkaitan makan,minum,bagaimana hendak mengurus kesihatan dan serta perbelanjaan wang.

2) FALSAFAH CAP ialah, i) Kehidupan Sederhana. ii) Penggunaan yang minima. iii)Dalam soal belian.

3) Kerana orang melayu khususnya suka berbelanja besar apabila melibatkan perbelajaan sesutu perayaan. Contohnya hari raya Idul Fitri, Hari Raya Aidil Adha dan sebagainya.

4) Oleh kerana berhadapan dengan dunia peradaban iaitu dunia moden (globalisasi), Maka sesuatu pekerjaan dilakukan tanpa rela hati atau ikhlas, semuanya mengharapkan ganjaran berbentuk wang ringgit. Berbanding dgn masyarakat terdahulu atau warga2 tua yang lalu, mereka semua membuat sesuatu pekerjaaan tanpa mengharapkan ganjaran wang ringgit, malahan mereka menghulurkan sumbangan lagi. Contoh para warga yg berjuang utk dapatkan kemerdekaan.

5) Sebenarnya Tamadun Moden inilah Tamadun Jahiliyah (jahil), kerana ditanam dengan fahaman untuk mendapatkan kebendaan semata2 tanpa ikhlas.

6) Dalam pada masa yang sama CAP sedang berusaha meningkatkan kesedaran kepada masyarakat melalui Pendedahan Pendidikan Islam lebih terperinci kepada pelajar2 di sekolah.

7) CAP juga berpesan sudah sampai masanya Parti PAS khususnya, memperjuangkan isu-isu pengguna serta alam sekitar kapada masyarakat umum, iaitu soal ini yang perlu didahulukan berbanding mendahului isu-isu politik.

8 ) CAP juga berpesan Parti PAS perlu melakukan kempen2 untuk mengubah tabiat masyarakat dengan adanya program-program kesedaran.

9) CAP juga bersetuju untuk berkerjasama dengan LPAS DPPM, LPAS DPPN PNG dengan menerima AJK-AJK drpd LPAS DPPM, LPAS DPPN PNG dan LPAS Negeri-Negeri lain untuk menjalani latihan ‘attachment’ supaya dapat belajar secara mendalam tentang kaedah, teknik penyisatan serta hal ehwal proses-proses kerja seharian yang dilakukan oleh CAP. Latihan ini memerlukan tempoh masa sekrg-krgnya 1-2 bulan, dimana CAP bersetuju akan memberi sedikit bantuan kewangan untuk menyara keperluan berbentuk makanan dan minuman.

10) Akhir sekali YB Ustaz Firdaus (MP Jerai) menerangkan kaedah sembelihan mengikut syarak ISLAM kpd Cg Azmi(Teras), Termasuk peranan Ngo-Tunas yg akan diwujudkan oleh LPAS DPPM dan Isu-isu semasa.

“Memimpin Kebangkitan Anak Muda”

Disediakan Oleh.

Sdr Firdaus Bin Ali
Pengerusi LPAS DPPN PNG Sessi 2011-2013).

Berita di bawah dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/

Dewan Pemuda, CAP jalin kerjasama
Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 15 Okt:
Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat melangkah setapak lagi kehadapan apabila menjalinkan kerjasama dua hala dengan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Kerjasama itu bagi tujuan merangka usaha memupuk jiwa rakyat terutamanya umat Islam di negara ini berhubung kepentingan kepenggunaan dan pemeliharaan alam sekitar.

Ketuanya, Firdaus Mohd Jaafar berkata, selama ini isu berkaitan kepenggunaan dan alam sekitar dianggap ‘isu sampingan’ oleh sesetengah pihak sehinggakan ia tidak menjadi satu daya tarikan untuk rakyat bangunkan kesedaran bersama.

“Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama lajnah diperingkat Pemuda negeri cuba bangkitkan kesedaran supaya rakyat pandang serius isu berkenaan pengguna serta alam sekitar yang kini berada pada situasi yang membimbangkan,” jelasnya ketika pertemuan dengan Presiden CAP, S.M Mohamed Idris di pejabatnya semalam.

Oleh itu lajnah akan memantapkan gerakan ke arah itu dengan mewujudkan satu kumpulan yang diberi nama Tunas, yang tahu secara mendalam sebagaimana yang dibuat oleh CAP.

Setelah pendaftaran ‘Tunas’ berjaya nanti sambung Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai, beliau akan memastikan setiap negeri memilih sekurang-kurangnya dua orang untuk dihantar bekerja dan tinggal dengan CAP bagi menangani isu pengguna dan alam sekitar.

“Kita sedang berusaha mewujudkan ‘Tunas’ yang mana nanti mereka yang terlibat denganya akan mendapatkan khidmat nasihat, bekerja dan tinggal dengan CAP untuk latihan selama sebulan dua supaya bila bergerak atas nama Tunas nanti dapat membantu CAP untuk tangani isu berkaitan. TIdaklah CAP berseorangan sebagaimana hari ini, ” ujarnya.

Turut hadir pada pertemuan sebelum itu semalam ialah Ketua dan Setiausaha Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Negeri, Saudara Abu Firdaus dan Saudara Osman, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Haji Azmi Abdul Hamid dan Timbalan Presiden CAP, Muhideen Abdul Kader.

Leave a comment

Filed under Artikel Pilihan, Berita, Dari Admin., PAS, Pendapat, Pendedahan, Pendidikan, Pengguna Islam

Leave a comment